TEMA HARI KEMERDEKAAN 2023

Menjelang hari kemerdekaan antara perkara utama menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema kerana ia merupakan satu simbol dan slogan yang penting dalam menggambarkan penyatuan rakyat Malaysia. Selain Logo dan Tema, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Oleh itu, sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-66 bagi tahun 2023 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Sebagai contoh, menggantung bendera pada pintu rumah atau kereta. Kesemua acara ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan malaysia merdeka, serta secara tidak langsung mendidik generasi muda untuk mengenal sejarah negara dengan lebih dalam. Peristiwa penting wajar disambut secara besar-besaran bagi menanam sifat sayangkan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia. Kehidupan yang merdeka yang dirasai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini merupakan bukti perpaduan antara rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Negara telah mencapai pencapaian penting dalam pelbagai bidang seperti pertumbuhan ekonomi, pendidikan, teknologi, dan inovasi.

Generasi muda pasti menganggap merdeka itu hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2023 telah diperkenalkan dengan bertemakan Malaysia MADANI, Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Penetapan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan ke 66 diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Kesejahteraan dan keharmonian negara kita pada hari ini dicapai atas jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Tanpa mereka, negara kita mungkin masih dijajah oleh penjajah. Sambutan Hari Kemerdekaan ini bukan sahaja melibatkan perarakan warna-warni, mengibar bendera dan menyanyikan lagu “Negaraku” semata, tetapi ianya bertujuan untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita. Natijahnya, dengan mengenali dan memahami sejarah dan perjuangan tokoh terdahulu, kita akan berasa lebih bersyukur atas kemudahan yang kita nikmati hari ini dan menghargai segala usaha untuk mengharmonikan negara serta mendokong nilai kekitaan sebagai warganegara Malaysia.