KEMPEN DERMA DARAH KALI KE-7

Pada 31 Oktober 2023 (Selasa), KOWAJA bersama – sama Pusat Darah Negara (PDN) telah melaksanakan Kempen Derma Darah kali ke 7 dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan bertempat di Ruang lobi Menara Teo Chew, Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Kempen pada kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 89 beg darah dengan jumlah kehadiran penderma sukarela seramai 127 orang. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang turut mendapat sokongan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Haji Efendee O.P Andu dan Timbalan Pengarah, En. Tan Boon Khin.