Ikatan Kerjasama

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. Objektif SKM ialah merangsang pembangunan koperasi dan sektor koperasi yang kukuh dan teratur menurut nilai-nilai serta prinsip-prinsip koperasi bagi menyumbang ke arah pencapaian objektif sosio-ekonomi negara.

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA)

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah didaftarkan pada 12 Mei 1971. ANGKASA telah diangkat sebagai sebuah koperasi yang mewakili gerakan koperasi seluruh Malaysia.

Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) ialah satu sistem di mana semua potongan koperasi dan lain-lain organisasi diuruskan melalui satu saluran demi memudahkan urusan potongan gaji anggota diproses oleh jabatan kerajaan atau majikan swasta (yang berdaftar dengan BPA). Sistem ini juga merupakan satu kemudahan kepada koperasi dan lain-lain organisasi untuk mengutip bayaran seperti yuran, saham, ansuran pinjaman dan sebagainya dengan cara lebih bersistematik dan terjamin.

Ar-Rahnu X’Change KOWAJA

Ar-Rahnu X’Change KOWAJA membantu ahli yang ingin kemudahan tunai segera melalui pajak gadai dengan pinjaman sehingga RM650,000 dan perlindungan Takaful sepenuhnya. Ahli yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan pajak gadai ini boleh mengunjungi cawangan Ar-Rahnu X’Change KOWAJA.

Marrybrown

KOWAJA terus mengorak langkah dengan menceburi francais perniagaan rangkaian makanan segera terkenal rakyat Malaysia iaitu Marrybrown. Pembukaan cawangan pertama Kowaja menjadi kenyataan di Kelana Jaya pada 15 Oktober 2021 & pastinya akan menjadi nilai asas pembukaan cawangan-cawangan seterusnya.

Marrybrown Kelana Jaya
Tel: 03-7887 2970
Alamat: A-G-03, Jalan SS 6/5A, Dataran Glomac Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.