BERCUTI HUJUNG TAHUN

Hujung tahun merupakan bulan paling ditunggu-tunggu oleh ramai daripada kita kerana bulan ini adalah cuti panjang persekolahan dan waktu terbaik untuk mereka yang bekerja menghabiskan cuti tahunan.Tidak kiralah ke manapun destinasi anda, melancong pastinya satu perkara yang menyeronokkan, apatah lagi percutian tersebut turut disertai oleh orang tersayang termasuk ahli keluarga. Apabila tiba sahaja cuti sekolah atau cuti umum, maka berduyun-duyunlah masing-masing membawa keluarga pergi bercuti. Siapa yang tak suka kalau dapat bercuti dan berjalan-jalan kan? Boleh rehat-rehatkan badan dan minda sambil menikmati suasana baru.

Sebelum melancong mahupun pergi bercuti anda perlu tahu perancangan percutian anda supaya tidak membazir dan memastikan percutian berjalan dengan lancar. Perancangan kewangan adalah penting bagi mengelakkan daripada kekusutan selepas percutian.Sekiranya tidak mempunyai perancangan atau persediaan yang cukup sebelum melancong, percutian bermakna tersebut mungkin akan berubah menjadi satu mimpi ngeri.Justeru,berikut merupakan antara langkah seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan dan tanpa persediaan rapi kita mungkin akan mengalami kesukaran kelak.

  • Dokumentasi

Jika ke luar negara, perkara paling utama ialah passport. Pastinya segala dokumen maklumat peribadi sentiasa ada bersama.

  • Perancangan dan tempahan

Pastikan anda telah membuat pertukaran wang asing lebih awal agar dapat melancarkan perjalanan mahupun proses pembelian.

  • Pakaian

Sekiranya melawati negara yang mempunyai empat musim, anda perlu membuat persiapan awal agar tidak berhadapan dengan kesulitan dalam soal pemilihan pakaian.

  • Bekalan Makanan

Makanan ringan boleh dijadikan alas perut sebelum sampai ke destinasi

  • Bawa Ubat-Ubatan

Bawa ubat-ubatan yang perlu terutama untuk anak-anak seperti ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut dan begitu juga untuk yang dewasa.

Rancanglah perjalanan percutian dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku tanganilah dengan tabah dan sabar. Segala perancangan yang dibuat adalah untuk memastikan percutian kita berjalan dengan lancar dan selamat bercuti!