Pernyataan Polisi Privasi

Pengenalan

Pernyataan-pernyataan yang berikut menerangkan terma-terma oleh Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (“KOWAJA”) berkenaan dengan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda oleh KOWAJA. KOWAJA komited kepada perlindungan data peribadi anda serta pematuhan segala undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai di Malaysia.

 

Persetujuan Anda

Dengan memberikan data peribadi anda kepada KOWAJA, anda telah membaca dan menerima pernyataan-pernyataan ini serta telah bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh KOWAJA mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini. Sekiranya anda memberikan data peribadi pihak ketiga kepada KOWAJA, anda memberikan jaminan dan representasi kepada KOWAJA bahawa anda telah mendapatkan persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga tersebut untuk pemprosesan data peribadi yang berkaitan oleh KOWAJA mengikut cara yang dinyatakan di dalam ini. Sekiranya anda berada di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga anda sebelum anda memberikan data peribadi anda kepada KOWAJA.

 

Pernyataan Prinsip Notis dan Pilihan

  1. KOWAJA mungkin akan dikehendaki mengumpulkan data peribadi daripada anda sepanjang anda berurusan dengan KOWAJA atau bagi tujuan kegiatan-kegiatan perniagaan KOWAJA. Data peribadi sedemikian mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) nama seperti dalam kad pengenalan, nama pilihan, nombor pengenalan/pasport, umur, gambar, imej, nombor telefon, alamat kediaman, alamat emel, tarikh lahir, jantina, bangsa, kewarganegaraan, pekerjaan, jawatan, butiran akaun bank, butiran kad kredit, maklumat pasangan/anak/ahli keluarga terdekat seperti nama dan tarikh lahir, maklumat syarikat atau perniagaan anada seperti nama, nombor pendaftaran dan alamat, maklumat pengarahan dalam syarikat-syarikat, pegangan saham dalam syarikat-syarikat, pemilikan dalam perniagaan-perniagaan, kepentingan peribadi, status kesolvenan dan kewangan, maklumat tentang kesihatan fizikal dan mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan dan lain-lain data sedemikian yang perlu bagi tujuan data peribadi tersebut dikumpulkan.

  2. Data peribadi yang anda berikan kepada KOWAJA mungkin akan diproses oleh KOWAJA bagi tujuan-tujuan seperti yang berikut: –
    • Untuk memasuki, mentadbir dan/atau mengendalikan transaksi atau aktiviti perniagaan atau kontraktual antara KOWAJA dengan anda dan/atau syarikat anda;
    • Untuk memberi atau menghantar perkhidmatan kepada anda dan/atau syarikat anda;
    • Untuk berhubung dengan anda dan/atau syarikat anda;
    • Untuk mentadbir prosedur-prosedur pengurusan hubungan pelanggan;
    • Untuk memberikan anda maklumat tentang aktiviti-aktiviti, inisiatif-inisiatif, program-program, projek-projek, acara-acara, insentif-insentif, kemudahan-kemudahan, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin diatur, dikendalikan, ditadbir, dilaksanakan, difasilitasi, disediakan, ditaja dan/atau disertai oleh KOWAJA, kementerian-kementerian kerajaan, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun dan/atau rakan kongsi atau kolaborator KOWAJA;
    • Untuk memberikan anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang ditawarkan oleh pihak ketiga terpilih yang mungkin akan menarik minat anda;
    • Untuk memproses dan mentadbir pendaftaran anda bagi acara, persidangan atau bengkel, termasuk untuk menunjukkan kehadiran atau penyertaan anda di dalam mana-mana bahan publikasi atau penerbitan kami;
    • Untuk memudahkan pembayaran berhubung urusan perniagaan atau kontraktual antara KOWAJA dengan anda dan/atau syarikat anda;
    • Untuk menjalankan penyelidikan, kajian, penilaian, kaji selidik, pemprofilan, pemodelan, analisis, perancangan dan /atau penyediaan laporan/statistik untuk tujuan aktiviti-aktiviti perniagaan KOWAJA;
    • Untuk menjawab pertanyaan atau aduan anda;
    • Atas alasan keselamatan khususnya data peribadi yang dikumpulkan dari kamera pengawasan keselamatan litar dekat;
    • Untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang atau pengawalseliaan yang terpakai kepada KOWAJA, dan untuk membuat penzahiran di bawah keperluan sebarang undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod yang terpakai kepada KOWAJA;
    • Untuk pengambilan pekerja-pekerja;
    • Untuk penyimpanan rekod dalaman KOWAJA; dan/atau
    • Lain-lain aktiviti perniagaan KOWAJA yang sah.

  3. Data peribadi yang anda berikan kepada KOWAJA mungkin akan, jika diperlukan, dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga seperti yang berikut: –
    • Subsidiari-subsidiari KOWAJA di dalam atau di luar Malaysia;
    • Pembekal, vendor, kontraktor, subkontraktor, penyedia perkhidmatan atau produk KOWAJA, mana-mana agensi rujukan kredit atau mana-mana pihak ketiga, di dalam atau di luar Malaysia, sebagaimana yang ditentukan oleh KOWAJA sebagai perlu atau wajar untuk melaksanakan atau menyokong KOWAJA aktiviti dan operasi perniagaan;
    • Institusi kewangan, pengeluar kad kredit, kad debit dan kad caj, penyedia atau pengendali sistem pembayaran atau pemerolehan pedagang, untuk tujuan memudahkan pembayaran dan/atau menyimpan rekod kewangan berkaitan dengan hubungan perniagaan atau kontraktual antara KOWAJA dan anda dan/atau syarikat anda;
    • Kementerian-kementerian kerajaan, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pihak berkuasa dan pihak ketiga terpilih di dalam atau di luar Malaysia termasuk rakan strategik yang bekerjasama dengan KOWAJA berkaitan dengan aktiviti perniagaan atau sebarang acara atau program KOWAJA;
    • Ejen-ejen, juruaudit-juruaudit, perunding-perunding, akauntan-akauntan, syarikat insurans, syarikat insurans yang dicadangkan, peguam-peguam atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional untuk KOWAJA;
    • Agensi-agensi, badan-badan pelaksana, pengawalseliaan atau pihak berwajib, badan-badan kerajaan atau lain-lain pihak berkuasa jika dikehendaki atau diberikan kuasa untuk berbuat sedemikian bagi melaksanakan fungsi pengawalseliaan di bawah apa-apa undang-undang atau berhubung apa-apa perintah atau penghakiman sesuatu mahkamah;
      mana-mana orang yang kepadanya KOWAJA dikehendaki berbuat sedemikian di bawah undang-undang; dan/atau
    • Pengarah atau pemegang-pemegang saham KOWAJA.

  4. Secara umumnya, data peribadi yang diproses oleh KOWAJA adalah dikumpulkan daripada anda atau diberikan oleh pihak ketiga kepada KOWAJA untuk tujuan tujuan-tujuan yang tersebut di atas tersebut atau oleh pihak ketiga yang mempunyai transaksi atau hubungan perniagaan atau kontraktual dengan KOWAJA.

  5. Sila ambil perhatian bahawa data peribadi anda diperlukan oleh KOWAJA untuk memenuhi tujuan-tujuan yang tersebut di atas. Kegagalan untuk memberikan data peribadi yang tersebut akan atau boleh menyebabkan: –
    • KOWAJA tidak dapat mengendalikan transaksi perniagaan atau kontraktual antara KOWAJA dengan anda dan/atau syarikat anda;
    • KOWAJA tidak dapat memberikan anda maklumat tentang aktiviti-aktiviti, inisiatif-inisiatif, program-program, projek-projek, acara-acara, insentif-insentif, kemudahan-kemudahan, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin diatur, dikendalikan, ditadbir, dilaksanakan, difasilitasi, disediakan, ditaja dan/atau disertai oleh KOWAJA; dan/atau
    • KOWAJA tidak dapat memberikan anda maklumat tentang produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara dan program-program yang ditawarkan oleh pihak ketiga yang mungkin akan menarik minat anda.

  6. Anda berhak untuk meminta akses dan untuk membuat pembetulan kepada data peribadi anda. Anda juga boleh memilih untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda. Jika anda ingin membuat mana-mana permintaan tersebut, sila kemukakan permintaan anda secara bertulis kepada KOWAJA di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam sesi Hubungi Kami di bawah. Kami mungkin akan mengenakan bayaran pentadbiran untuk permintaan tersebut.

  7. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi, sila hubungi KOWAJA secara bertulis di alamat pos / emel seperti yang dinyatakan dalam sesi Hubungi Kami di bawah.

 

Keselamatan Data Peribadi Anda

KOWAJA telah melaksanakan dasar-dasar keselamatan dan langkah-langkah organisasi dan teknikal untuk melindungi data peribadi anda menurut keperluan-keperluan undang-undang serta peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data peribadi yang terpakai. Sekiranya kami mendapati adalah perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data, kami akan memindah data peribadi tersebut kepada pembekal perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia, berdasarkan tahap dasar-dasar keselamatan yang setara.

 

Perubahan Kepada Pernyataan Ini

Pernyataan ini mungkin akan disemak dan dikemaskinikan dari masa ke masa. KOWAJA mengesyorkan agar anda melawat laman web ini untuk membaca versi terkini pernyataan ini setiap kali anda memberikan data peribadi anda kepada KOWAJA.

 

Percanggahan

Sekiranya terdapat percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa Melayu bagi pernyataan ini, versi bahasa Inggeris hendaklah mengatasi versi bahasa Melayu.

 

Hubungi Kami

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang pernyataan ini, anda boleh menghubungi Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) di: –

No. Telefon:+603 4048 2111
No. Faksimili:+603 4048 2044
Emel :pertanyaan@kowaja.com.my
Alamat Pejabat:Tingkat 18, Menara Teo Chew, No. 1, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Jumaat)