PROMOSI PEMBIAYAAN PERIBADI-I RAYA SUPER OHSEM

Terkini! Promosi Pembiayaan Peribadi-i Raya Super Ohsem! Kejutan Ohsem! hanya dengan satu klik sahaja.

Koperasi Wawasan Pekerja Pekerja Berhad (Kowaja) melancarkan promosi pembiayaan peribadi-i Raya Super Ohsem! 2024 dengan menawarkan pembiayaan eksklusif bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024 bersempena menyambut bulan perayaan tidak lama lagi. Apa yang sangat menarik kali ini adalah, pemohon pembiayaan yang berjaya akan menerima hadiah eksklusif aksesori mewah jenama antarabangsa yang sangat terkenal. Seramai sepuluh pemenang akan menerima hadiah keseluruhan berjumlah RM10,000 bagi menambah keserian menyambut hari raya yang bakal kunjung tiba nanti.

Raya Super Ohsem! menawarkan pembiayaan RM10,000 untuk melayakkan penyertaan anda di Cabutan Super Ohsem secara automatik dan menang hadiah yang ditawarkan. Promosi ini sangat fleksibel dengan kadar keuntungan tetap serendah 4.99% ditawarkan kepada kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri, agensi terpilih, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun. Manakala kakitangan swasta mahupun penguasaha perniagaan kecil dan sederhana (SME) juga boleh memohon pakej pembiayaan Kowaja yang tersedia kepada yang memerlukan. Bagi mereka yang mempunyai kredit skor rendah juga boleh memohon, anda juga bleh menyemak skor kredit percuma!

Pembiayaan Peribadi-i Kowaja adalah kemudahan pembiayaan patuh syariah yang menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM150,000, tanpa cagaran, tanpa wang pendahuluan, pra-kelulusan 30 minit, pengeluaran pembiayaan dalam masa 24 jam, tempoh ansuran yang panjang bahkan bayaran balik secara ansuran yang rendah. Selain itu, pembiayaan peribadi-i Kowaja dilengkapi dengan perlindungan takaful.

Kami akan meneruskan tradisi berkongsi manfaat bersama serta berharap promosi Raya Super Ohsem! kali ini akan memeriahkan suasana menyambut hari raya nanti.

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi MyKowaja atau layari laman website www.kowaja.com.my atau platfom sosial media rasmi, juga boleh hubungi pegawai-pegawai pemasaran Kowaja di 03-4048-2111 atau whatsapp 013-222-7842.