Latar Belakang
Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (KOWAJA) telah didaftarkan pada 15 Julai 2003 dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berdasarkan Akta Koperasi 1993. KOWAJA dikenali dengan produk pembiayaan peribadi eksklusif serta 5 cawangan Ar-Rahnu dan Marrybrown Kelana Jaya.
KOWAJA prihatin kepada keluhan kewangan Anggotanya dengan memberi perkhidmatan professional dan nasihat dari semasa ke semasa supaya Anggotanya tidak terjerumus ke hutang tak berbayar ataupun tidak terjerat dalam sindiket tipu daya ‘scammer’. Dengan itu, KOWAJA telah mengorak langkah dengan mewujudkan ikatan kerjasama melalui kemudahan pinjaman dari institusi kewangan kepada kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan koperasi lain.
Perkhidmatan Profesional & Nasihat
Kemudahan Pembiayaan Peribadi Eksklusif
Ikatan Kerjasama Dengan Institusi Kewangan
Prinsip-Prinsip
Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya menurut prinsip-prinsip koperasi:
Keanggotaan
Keanggotaan sukarela dan terbuka
Pengurusan
Pengurusan yang demokratik
Pendidikan
Penggalakan pendidikan anggota dan anak anggota koperasi
Kerjasama
Kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar