Majlis Sambutan Perayaan Deepavali 2023

Pada 18hb November 2023 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Deepavali bersama anak – anak yatim & kurang berkemampuan bertempat di Taman Ayer Panas, Setapak, Kuala Lumpur. Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas KL telah menjadi lokasi pilihan bagi sambutan sempena perayaan Hari Deepavali pada tahun ini.

Rumah Kebajikan ini dihuni oleh 25 orang penghuni kanak – kanak dan remaja dalam lingkungan umur 2 – 18 tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja.

Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan persekolahan beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang barangan elektrik seperti mesin basuh baju dan periuk nasi untuk kegunaan harian mereka.

Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 2.00 petang turut diserikan dengan kehadiran Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Haji Efendee O.P Andu dan pegawai SKM, En. Hamni @ Farid bin Mat Dros. Majlis ini turut dihadiri oleh Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp