Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2024

Pada 17hb Februari 2024 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2024 di Pusat Jagaan Warga Emas Rumah Kasih yang bertempat di Taman  Setapak, Kuala Lumpur. Rumah Kasih ini dihuni oleh 30 orang penghuni dalam lingkungan umur 50 – 85 tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan harian beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang 1 unit deep freezer untuk kegunaan harian mereka. Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan, En. Mohd Fadzli bin Mat Lahim dan pegawai SKM, En. Hamni @ Farid bin Mat Dros. Majlis ini turut dihadiri oleh Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA.