Terma dan Syarat

Kenyataan Penafian

1. Maklumat yang terkandung dalam Laman Web ini adalah untuk tujuan informasi umum sahaja. Versi Bahasa Inggeris Laman Web ini adalah terjemahan Laman Web Asal dalam Bahasa Melaysia. Sekiranya terdapat percanggahan, maklumat Laman Web versi Bahasa Melayu asal akan diutamakan.

2. Maklumat ini disediakan oleh Koperasi Wawasan Pekerja-Pekerja Berhad (“KOWAJA”) dan sementara pihak kami berusaha memastikan maklumat yang terkandung adalah betul dan kemas kini, kami tidak akan mewakili atau memberi sebarang jaminan, sama ada secara langsung atau tidak langsung (tersirat) berkenaan keutuhan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan atau grafik kaitan yang sedia ada di dalam Laman Web ini untuk sebarang sebab. Kebergantungan anda terhadap maklumat tersebut adalah risiko anda semata-mata.

3. Pihak KOWAJA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa sebarang had, secara tidak langsung atau kehilangan atau kerosakan yang penting, ataupun sebarang kehilangan atau kerosakan hasil daripada kehilangan data atau keuntungan hasil daripada, atau berhubungan dengan, penggunaan Laman Web ini.

4. Melalui Laman Web ini, anda boleh mengakses pautan kepada laman web yang lain yang bukan di bawah KOWAJA. Kami tidak mempunyai kuasa terhadap sifat, isi kandungan dan kewujudan laman-laman web tersebut. Apa-apa pautan yang dimasukkan dalam Laman Web kami tidak semestinya bermaksud KOWAJA mewakili sebarang bentuk cadangan atau sokongan terhadap pandangan yang termaktub di dalam laman-laman web tersebut.

5. Setiap usaha diambil untuk memastikan Laman Web ini terus berfungsi. Walau bagaimanapun, KOWAJA tidak akan bertanggungjawab sekiranya laman web ini tergendala sementara akibat isu-isu teknikal di luar kawalan kami.

 

Maklumat Peribadi

6. KOWAJA menganggap sangat penting kesemua maklumat peribadi yang diberi kepada kami dan berusaha melindungi maklumat berikut daripada akses dan pendedahan tanpa izin. Walau bagaimanapun, kami bukanlah penanggung kepada sekuriti maklumat peribadi anda. Sewajarnya, KOWAJA tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pendedahan data yang disebabkan oleh ralat penghantaran, akses pihak ketiga tanpa izin atau kelakuan lain pihak ketiga, ataupun kelakuan atau ketertinggalan maklumat yang di luar kawalan munasabah kami.

7. Dari segi perkhidmatans/ produk kami tawarkan, sebarang maklumat peribadi yang dikongsi dianggap amat sulit.

 

Polisi Emel

8. Polisi peribadi emel ini bertujuan menunjukkan komitmen kukuh KOWAJA terhadap privasi dan perlindungan maklumat anda.

Sekiranya anda menerima emel daripada pihak kami, ini bermaksud:-

  • Alamat emel anda disenaraikan kerana anda secara langsungnya telah berkongsi alamat emel anda untuk tujuan menerima maklumat daripada KOWAJA pada masa akan datang (“opt-in”), ATAU
  • Anda telah pun mendaftar atau mempunyai hubungan sedia ada dengan pihak kami.

 

Miscellaneous

9. Sekiranya terdapat sebarang kes percanggahan antara bahasa untuk Kenyataan Privasi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi terdahulu.

10. KOWAJA mengekalkan hak, pada bila-bila masa dan tanpa sebarang notis atau sebab, untuk menghentikan Laman Web ini dan/atau sebarang perkhidmatan/produk yang disediakan melalui Laman Web ini.

11. KOWAJA berhak untuk menukar, mengubah atau mengubah suai mana-mana Terma & Syarat yang terkandung di sini tanpa notis.