KEMPEN DERMA DARAH KALI KE-5

Pada 3 November 2022 (Khamis), KOWAJA bersama – sama Pusat Darah Negara (PDN) telah melaksanakan Kempen Derma Darah kali ke 5 dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Wilayah Persekutuan bertempat di Ruang lobi Menara Teo Chew, Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Kempen pada kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 82 beg darah dengan jumlah kehadiran penderma sukarela seramai 112 orang. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang turut mendapat sokongan Timbalan Pengarah SKM Wilayah Persekutuan, En. Tan Boon Khin.