Pada 4hb Mei 2024 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 di Pusat Jagaan Kasih Murni yang bertempat di Keramat, Kuala Lumpur. Pusat Jagaan Kasih Murni ini dihuni oleh 35 orang penghuni dalam lingkungan umur 5 – 7 tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan harian beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang 3 unit kipas dinding dan ampaian baju mudah alih untuk kegunaan harian penghuni. Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang turut diserikan dengan kehadiran Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA.