KEMPEN DERMA DARAH KALI KE-8

Pada 25 April 2024 (Khamis), KOWAJA telah menganjurkan Kempen Derma Darah bersama Pusat Darah Negara (PDN) bertempat di Ruang Lobi, Menara Teo Chew. Kempen pada kali ini telah berjaya mengumpul sebanyak 75 beg darah dengan jumlah kehadiran penderma sukarela seramai 114 orang. Kempen yang bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang turut mendapat sokongan pegawai – pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat.