Jumlah Tinggi, Dapat Banyak, Jimat Lebih

Pembiayaan peribadi adalah sejumlah wang yang dibiaya yang boleh digunakan untuk tujuan bermanfaat tertentu, antara kebiasaannya adalah untuk penggabungan hutang, perbelanjaan kecemasan, pendidikan, perubatan, ubah suai rumah, perniagaan dan banyak lagi. Pembiayaan ini perlulah dibayar balik secara ansuran bulanan dalam jangka tempoh dari satu tahun hingga sepuluh tahun bergantung kepada keperluan, bajet, kemampuan dan tujuan serta komitmen anda untuk melakukan pembayaran balik.Pembiayaan peribadi sangat bermanfaat jika anda berdisiplin mengikuti jadual pembayarannya.

Bilakah anda memerlukan Pembiayaan Peribadi-i Kowaja?

Sangatlah penting untuk merancang serta meneliti kedudukan kewangan sebelum mempertimbang untuk memohon pembiayaan.Pembiayaan peribadi-i Kowaja adalah pilihan terbaik dikala anda sangat memerlukan. Berikut adalah diantara 7 sebab-sebab utama untuk mendapatkan pembiayaan peribadi-i Kowaja:

  1. Penyatuan hutang
  2. Alternatif untuk pinjaman ‘Ah-Long’ / ’Scammer’
  3. Pengubahsuaian rumah / pindah rumah
  4. Perubatan
  5. Kecemasan
  6. Perkahwinan
  7. Percutian

 
1. Penyatuan hutang

Penyatuan hutang adalah sebab yang paling utama mengambil pembiayaan peribadi. Pinjaman atau kad kredit tertunggak yang mempunyai kadar faedah sehingga 18% setahun ataupun 5% bayaran minima bulanan selain caj-caj lain dan baki yang berbeza-beza boleh menjurus kepada masalah kewangan, dan di situlah pembiayaan peribadi-i Kowaja dapat membantu dan boleh menjimatkan.

Apabila anda memohon pembiayaan untuk penyatuan hutang, anda menggabungkan semua baki tertunggak tersebut menjadi satu pembayaran bulanan. Kelebihan terbaik menggunakan pembiayaan peribadi-i Kowaja untuk melunaskan kad kredit adalah kadar keuntungan yang lebih rendah. Dengan kadar yang lebih rendah, ianya dapat mengurangkan jumlah bayaran balik dan tempoh masa yang diperlukan untuk melunaskan hutang. Penyatuan membolehkan anda melunaskan kad kredit dalam jangka masa dan tarikh akhir yang jelas tanpa terbeban.

 

2. Alternatif untuk pinjaman ‘Ah Long’ atau ‘Scammer’

Sekiranya menghadapi kesulitan kewangan, anda mungkin tergoda untuk mengambil pinjaman ‘Ah Long’ atau ditipu ‘Scammer’ untuk membantu anda mendapatkan pinjaman sementara waktu dengan serta merta atau cepat. Walau bagaimanapun, pinjaman ‘Ah Long’ atau ‘Scammer’ sering kali menjadi pemangsa dan boleh membuat anda jauh lebih teruk daripada sebelumnya.

Walaupun pinjaman ‘Ah Long’ atau ‘Scammer’ mungkin mudah diperoleh, risikonya amatlah tinggi jika tidak dapat membayar balik jumlah yang terhutang pada masa yang telah dipersetujui. Sebilangan pemberi pinjaman ini mengenakan kadar faedah harian mahupun bulanan yang sangat tinggi sehinggalah jumlah pokok dilangsaikan sepenuhnya. Lebih teruk lagi jika anda terbabit ditipu ‘Scammer’ yang mungkin meminta bayaran wang pendahuluan/deposit sebelum mendapatkan pinjaman. Sebaliknya, pembiayaan peribadi-i Kowaja lebih mudah dengan kadar keuntungan yang tetap dan jauh lebih rendah, walaupun anda mempunyai kredit (DSR-Debt Service Ratio) yang kurang memuaskan anda masih layak mendapatkannya.

 

3. Ubah suai rumah

Pembiayaan peribadi-i Kowaja boleh menjadi pilihan terbaik untuk menampung kos pengubahsuaian rumah mahupun baik pulih rumah. Sama ada anda ingin memasang atau membaiki bumbung baru, memasang panel suria, menambah baik ruang dapur mahupun bilik tidur, jika anda tidak mempunyai wang tunai, pembiayaan peribadi-i Kowaja boleh membantu. Tidak seperti produk pinjaman rumah lain, pembiayaan peribadi-i Kowaja tidak mengharuskan anda menggunakan rumah anda sebagai cagaran. Dengan cara ini, ianya cuma melibatkan risiko yang lebih sedikit dan menenangkan anda.

Pembiayaan peribadi-i Kowaja boleh juga digunakan untuk wang deposit pembelian rumah idaman anda.

 

4. Kos pindah rumah

Anda mungkin tidak perlu mengambil pembiayaan peribadi untuk berpindah rumah dalam jarak dekat, namun, jika anda perlu berpindah rumah dalam jarak jauh, mungkin untuk peluang kenaikan pangkat, maka kos perpindahan mungkin cukup mahal.

Pembiayaan peribadi-i Kowaja dapat membantu anda memindahkan barang-barang rumah anda dari satu tempat ke tempat lain, membeli perabot baru untuk kediaman baru anda, mahupun kos pengangkutan barang-barang ke mana-mana destinasi perpindahan anda serta menampung perbelanjaan tambahan atau kos tidak dijangka.

Namun, sebelum mendapatkan pembiayaan peribadi-i Kowaja, pertimbangkanlah sama ada pendapatan baru membolehkan anda membuat bayaran balik dan melunaskan pembiayaan anda. Pertimbangan ini akan membantu anda mengelakkan tekanan tambahan untuk membayar pembiayaan peribadi anda di samping memulakan kerjaya di lokasi baru.

 

5. Bayaran bil perubatan

Perbelanjaan perubatan adalah juga sebab utama memohon pembiayaan peribadi. Rawatan perubatan masa kini yang mungkin memerlukan kos yang agak tinggi antaranya rawatan pergigian, pembedahan kosmetik, rawatan kesuburan dan prosedur lain yang mungkin mencecah ribuan ringgit. Perbelanjaan selepas rawatan juga dapat dibiayai dengan mendapatkan pembiayaan peribadi-i Kowaja.

 

6. Pembelian perkakasan/peralatan rumah

Bencana boleh berlaku tanpa diduga. Sekiranya anda tiba-tiba perlu membeli seperti mesin basuh, peti sejuk, TV atau perkakasan elektrik lain tetapi tidak mempunyai cukup sumber kewangan, pembiayaan peribadi dapat memberikan kelegaan. Pembiayaan peribadi-i Kowaja dapat membantu tanpa anda menggunakan wang di akaun bank mahupun wang simpanan anda.

Pembiayaan peribadi-i Kowaja membolehkan anda membeli perkakasan/peralatan rumah dan elektronik dengan segera, dan bukannya perlu menunggu berbulan-bulan untuk menabung. Walaupun anda perlu membayar balik beserta sejumlah kadar keuntungannya, pembiayaan peribadi dapat menjimatkan masa dan wang anda dalam jangka panjang, seperti contoh; anda akan dapat mengelakkan penggunaan mesin basuh pusat dobi atau alternatif lain untuk jangka masa pendek tetapi mahal.

Pembiayaan peribadi-i Kowaja juga anda boleh gunakan membeli kontena untuk dijadikan setor atau rumah kecil, kereta, motosikal yang mana tidak dibiayai oleh bank atau syarikat kewangan yang mengenakan kadar faedah tinggi.

 

7. Perkahwinan

Dalam beberapa keperluan, adalah idea yang baik juga untuk mengambil pembiayaan peribadi untuk perbelanjaan perkahwinan. Pembiayaan untuk perkahwinan boleh digunakan untuk perbelanjaan seperti sewaan tempat mengadakan majlis, pakaian pengantin, serta perbelanjaan yang lebih kecil seperti bunga hiasan, fotografi, kek atau mungkin caj penyelaras perkahwinan.

Perlulah juga ada perancangan dan pertimbangan agar pembiayaan perbadi-i tidak membebankan anda untuk membuat bayaran balik kelak selepas perkahwinan. Sekiranya anda tidak mahu menghabiskan wang simpanan anda, bolehlah pertimbangkan pembiayaan peribadi-i Kowaja untuk membantu menjadikan majlis pertunangan atau perkahwinan anda seperti yang anda impikan.

 

8. Percutian

Rata-rata perancangan percutian, anda mungkin mengatakan tidak berbaloi untuk membuat pembiayaan peribadi, tetapi percutian bersama keluarga atau bersama orang tersayang ataupun berbulan madu mungkin boleh dipertimbangkan pembiayaan peribadi-i Kowaja untuk menceriakan anda membiayai percutian impian sekeluarga.

Percutian bersama keluarga mungkin dapat menenangkan minda anda daripada kesibukan bekerja. Sekiranya anda mempunyai bajet yang mencukupi, pembiayaan peribadi boleh menjadi kaedah atau pilihan yang terbaik untuk membiayai impian atau menggabungkan atau melangsaikan hutang anda. Walaupun pembiayaan peribadi tidak percuma – anda wajib membayar sejumlah kadar keuntungan sebagai tambahan kepada prinsipal, pembayaran balik secara berdisiplin mengikut jadual bayaran balik membolehkan anda merealisasikan hasrat dan impian ketika anda mungkin tidak berpeluang untuk mengecapinya.

Sebelum membuat pembiayaan peribadi, tanyakan pada diri anda apakah anda mempunyai anggaran bajet yang mencukupi untuk pembayaran bulanan dan adakah anda akan memberikan komitmen untuk melakukan pembayaran balik tersebut untuk selama beberapa tahun? Pastikan anda membuat perancangan dengan teliti dan baik agar tidak membebankan anda dimasa akan datang.


Kesimpulan

Pembiayaan peribadi boleh digunakan untuk hampir semua perkara – bahkan di luar pilihan yang disenaraikan di sini.

Dan walaupun ada banyak alasan untuk mengambil pembiayaan peribadi, ingatlah bahawa apa pun keadaannya, akhirnya ia wajib dibayar balik. Apabila anda mengambil pembiayaan peribadi, ingatlah anda meminjam sejumlah wang yang mesti dilunaskan semula. Pembiayaan peribadi-i Kowaja adalah kaedah terbaik merealisasikan impian tetapi anda seharusnya menggunakan sumber kewangan ini dengan penuh tanggungjawab dan seperti apa yang dirancangkan.