HILANG KERJA

Kehilangan mata pencarian di saat pandemik ini pasti menyakitkan terutama individu yang perlu menyara keluarga.Wabak Covid-19 ternyata memberi impak cukup hebat buat masyarakat di seluruh dunia.Tidak terkecuali di Malaysia, ada pengusaha yang gulung tikar, malah ada juga individu yang kehilangan kerja akibat pandemik yang melanda. Berhadapan tekanan ekonomi yang begitu mencabar dan mendesak ini, pastinya banyak syarikat dan organisasi yang terpaksa mengambil tindakan drastik untuk kelangsungan syarikat. Sudah pastinya jika tekanan ekonomi ini berterusan, ramai pekerja yang akan kehilangan pekerjaan.

Bila kehilangan pekerjaan anda akan mengalami kemarahan, kebimbangan, dan kebencian. Pemikiran ini merosakkan diri. Ini akan meresapi semua aspek kehidupan anda dan merosakkan keyakinan anda.Ini akan melemahkan semangat dan motivasi anda. Ia sukar dilakukan, tetapi anda harus menghentikan pemikiran negatif dan meneruskan perkara yang harus dilakukan apabila anda kehilangan pekerjaan.Pastinya pelbagai persoalan seperti bagaimana nak menyara diri dan keluarga untuk bulan seterusnya dan lain-lain bermain di fikiran.Benar ianya adalah suatu dugaan yang hebat, Namun anda perlu bertenang terlebih dahulu dan Ingat ini bukanlah pengakhiran anda.

Disini kami kongsikan perkara yang boleh anda lakukan apabila hilang pekerjaan.

  • Tuntut faedah insurans pekerjaann dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) memberikan bantuan kewangan untuk 6 bulan (maksimum) bagi yang berkelayakan (tertakluk kepada terma dan syarat). Layari laman SIP PERKESO untuk menyemak kelayakan dan juga membuat pendaftaran.
  • Senaraikan semua perbelanjaan dan komitmen bulanan anda dan keluarga. Masukkan segala perbelanjaan berkaitan seperti sewa rumah, ansuran kereta, belanja petrol, belanja sekolah anak, bil utiliti dan sebagainya yang berkaitan.Bagi perbelanjaan yang tiada dalam perbelanjaan bulanan seperti insurans dan cukai jalan kenderaan, bahagikan jumlah tersebut dengan 12 untuk mendapatkan jumlah perbelanjaan harian. Cuba untuk kurangkan komitmen bulanan mana yang boleh berdasarkan keperluan dan juga kemampuan anda.
  • Buat sumber pendapatan tambahan seperti jual barang-barang yang tidak diperlukan atau digunakan yang berada di dalam simpanan anda. Namun dalam masa getir ini, barang-barang ini mungkin dapat membantu menampung keperluan kewangan anda untuk jangkamasa pendek.
  • Cari Punca Pendapatan Baru. Ramai sebenarnya rakyat Malaysia memiliki bakat dan kebolehan untuk bekerja sendiri.Cuma tidak berani untuk memulakan langkah pertama untuk membina perniagaan sendiri. Seperti contoh mungkin kamu boleh cuba bernaga secara dalam talian dengan menjual makanan, pakaian, kosmetik. Cuma tidak berani untuk memulakan langkah pertama untuk membina perniagaan sendiri.

Hilang pekerjaan semestinya membebankan. Namun walau berat macam mana sekalipun dugaan dan cabaran yang melanda, ingat ini bukanlah pengakhirannya.Diharap buat mereka yang hilang mata pencarian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negara kita dapat terus bersabar dan terus berusaha mencari mata pencarian yang baru.Positif seta percaya yang anda akan mendapat kerjaya yang lebih sesuai dimasa hadapan dan kami mendoakan yang terbaik untuk anda.