TIPS UBAHSUAI RUMAH

Pengubahsuaian rumah bukan sesuatu yang mudah, terutamanya bagi yang pertama kali menjejaki rumah sendiri. Tak kira apa pun sebab anda untuk memiliki rumah, semua orang pasti inginkan rumah yang sempurna serta untuk pelaburan masa hadapan.Proses ubahsuai rumah ini sebenarnya agak mudah jika anda tahu serta rancang apa yang perlu dilakukan. Jadi, sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat dan tip dari pelbagai sumber termasuk pereka dalaman, kontraktor yang profesional serta pemilik rumah lain yang berpengalaman dalam mengubahsuai rumah.Perasaan teruja dan gembira yang tak terhingga untuk mencantikkan rumah mungkin boleh menyebabkan anda tertekan dan tersalah langkah.Jadi, sangat penting untuk anda mendapatkan nasihat dan tip dari pelbagai sumber termasuk pereka dalaman dan pemilik rumah lain yang pernah mengubahsuai rumah.Di samping menambah pengetahuan anda tentang ubahsuai rumah, anda juga dapat melancarkan proses apabila mula mengubahsuai rumah nanti.

Untuk memudahkan anda, kami sediakan beberapa cara dan tip seperti di bawah, yang boleh anda gunakan untuk ubahsuai rumah :-

Tentukan Reka Bentuk Yang Diingini – Anda perlulah mempunyai gambaran besar tentang apa yang diimpikan dan penting juga untuk anda menentukan pengubahsuaian yang anda mahukan sebelum memulakan sebarang pekerjaan kerana jika anda kerap membuat perubahan semasa dalam proses ubahsuai rumah, kos berbelanja akan menjadi lebih tinggi.Dari segi tema, reka bentuk serta susun atur rumah yang bersesuaian dengan ruang rumah.

Tetapkan Bajet – Bajet sangatlah penting untuk memastikan anda tidak berbelanja pada yang tidak perlu dan masih mempunyai simpanan untuk masa akan datang.Sekiranya anda bersedia untuk meluangkan masa bagi merancang dan mengawasi ubahsuai rumah anda sendiri, tidak perlu lagi mengupah pereka dalaman yang mungkin memakan kos yang tinggi.

Berbincang Dengan Kontraktor – berbincang berkenaan apa yang kita inginkan. Hal ini dapat mengelakkan salah faham dan perkara yang tidak diingini. Anda juga boleh minta pendapat mereka berdasarkan gaya rumah yang anda sukai.Pastikan perkara tersebut benar-benar berbaloi dan penting dibuat. Hal yang tidak bermanfaat tak perlu dibuat.Anda juga boleh kaji selidik kontraktor profesional yang berpengalaman dengan pengubahsuaian di lokasi rumah melalui jiran tetangga. Kontraktor yang sudah biasa membuat pengubahsuaian di kawasan perumahan tertentu lebih arif dengan keadaan apa yang sesuai di sana.Jadi, anda mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan dari kontraktor yang sama untuk hasil kerja yang memuaskan!

Lakukan Pemeriksaan Rumah Terlebih – Kalau anda sentiasa memberi perhatian kepada kerja-kerja pengubahsuaian semasa melawat, anda mungkin boleh mengesan jika terdapat apa-apa masalah ataupun isu yang ada dengan lebih cepat dan boleh menunjukkan masalah tersebut pada pekerja.Pastikan anda memeriksa setiap ruang yang sedang diubahsuai dengan jelas supaya anda akan tahu terlebih dahulu jika terdapat cat mengelupas, kebocoran pada bilik air dan dapur, lantai yang tidak rata atau masalah-masalah lain.Semua ini sangat penting dan mestilah diuruskan terlebih dahulu sebelum meneruskan pekerjaan ubahsuai rumah.

Jangan Bayar Lump Sum – Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor. Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat.

Bersedia dengan masalah di luar jangkaan – Penting untuk korang bersedia dari segi kewangan untuk perbelanjaan tak dijangka ini macam orang cakap “expect the unexpected”.

Perancangan dan belanjawan yang dibuat pada peringkat awal pengubahsuaian rumah adalah sangat penting kerana anda boleh menyimpan sedikit sebanyak baki wang tersebut untuk membeli aksesori rumah yang lain.Penjimatan yang dilakukan pada awal mengubahsuai rumah adalah sangat berbaloi kerana anda boleh menikmati peralatan yang lebih mewah di kemudian hari dengan wang yang telah disimpan.Sebaik sahaja selesai perancangan dan belanjawan untuk pengubahsuaian rumah anda, anda juga boleh menggunakan baki wang yang ada untuk mencantikkan bahagian dalam rumah dengan tumbuhan pula! Kehijauan pasti akan menenangkan suasana rumah anda.