SIMPAN DUIT WALAUPUN GAJI KECIL

Mungkin ada beranggapan kos sara hidup menyebabkan ada sesetengahnya tidak mampu untuk menabung dan hal ini adalah berpunca daripada tanggapan sesetengah orang bahawa menabung itu hanya ketika ada wang lebih atau memerlukan sejumlah wang yang besar. Sebenarnya ada cara menyimpan duit gaji walaupun gaji anda kecil. Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan.Pada saat ramai yang mengeluh dan memberikan alasan gaji kecil mahupun sederhana sebagai halangan utama mereka untuk menabung. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Siapa tak nak ada duit lebihkan?

Jujurnya, dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, kita perlu keluar daripada kepompong selesa berbelanka dan bersedia dengan segala kemungkinan termasuklah dibuang kerja. Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden ni.Ada banyak cara dan strategi yang boleh kita gunakan untuk menyimpan duit, walaupun gaji bulanan kita tak besar. Ramai yang terus berbelanja dengan boros setiap kali mendapat gaji tanpa membuat simpanan walaupun sedikit. Kalau tak ada simpanan, dikhuatiri kita tak dapat menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang tanpa diduga. Rakyat Malaysia perlu mempunyai pelan kewangan dan menguruskan pemeriksaan tahap kewangan masing-masing dengan menitik-beratkan tahap keperluan, jumlah pendapatan, dan jumlah tanggungan.

Ketahui tip bagaimana untuk menyimpan wang walaupun bergaji kecil.

1. Rancang setiap perbelanjaan secara teliti
Cara terbaik nak elakkan masalah ini terjadi adalah merancang perbelanjaan kita dengan baik dan elakkan berbelanja ikut suka hati atau semata-mata menurut hawa nafsu.

2. Asingkan perbelanjaan dan simpanan
Contoh 10% – Simpanan,10% – Kecemasan atau 70% belanja dan buat jadual perbelanjaan ini pada setiap bulan.

3. Hadkan penggunaan kad kredit
Gunakan kad kredit untuk perbelanjaan tertentu sahaja seperti mengisi petrol. Dengan cara ini, korang boleh menikmati manfaat-manfaat daripada menggunakan kad kredit dan juga tidak membebankan korang dengan hutang yang menimbun.

4. Simpan di tempat yang susah hendak dikeluarkan
Boleh cuba untuk simpan dekat tempat yang susah nak dikeluarkan seperti ASB, Tabung Haji ataupun saham.

5. Keperluan atau Kehendak
Jangan jadi hamba kepada barang kemewahan. Tak fikir panjang terus beli walaupun berhutang. Belanja ikut keperluan dan bukan semata-mata mahu nampak hebat dan mewah di mata orang.

6. Tambahkan pendapatan sampingan
Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline,yang penting ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.

7. Disiplinkan diri
Jika tiada disiplin diri, seseorang akan gagal dalam apa yang dirangka. Pelan yang dirancang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Jika anda belum ada simpanan, masih belum terlambat, lakukan sekarang. Mulakan dengan jumlah yang kecil pun tiada masalah. Asalkan ada simpanan untuk digunakan bila tiba hari yang ditimpa kecemasan tanpa diduga. Malang itu benar-benar tidak berbau. Hakikatnya, mungkin nilai yang disimpan hanyalah sekadar 10 sen, tetapi kalau ia disimpan setiap hari secara sistematik, jumlah yang dilihat hanya sebelah mata ini sebenarnya mampu juga memberi sinar pada kemudian hari.