PEMBIAYAAN PERNIAGAAN PERLU ATAU TIDAK

Menjadi usahawan dan pemilik perniagaan bukanlah mudah sekiranya banyak kekurangan dan kelengkapan dalam misi menaikkan perniagaan. Mana tidaknya, rancangan anda mungkin tergendala kerana modal kewangan tidak mencukupi, ilmu tidak digunakan dengan betul dan tersilap langkah membuat tindakan. Ramai orang menyangkakan jika mahu memulakan perniagaan perlu ada modal yang besar. Untuk mendapatkan modal yang besar pula seseorang itu perlu meminjam atau berhutang. Dalam fikiran mereka, mereka mampu menjalankan perniagaan dan menjana keuntungan dengan berhutang atau meminjam kerana sebahagian keuntungan akan digunakan untuk membayar hutang.

Sebaiknya jika ingin memulakan perniagaan, elakkanlah daripada berhutang atau meminjam. Jikalau anda mempunyai kewangan yang kukuh, anda tidak akan ada masalah untuk memulakan perniagaan anda.Dalam keadaan yang tidak menentu bagi yang ada aset pun belum tentu boleh dicairkan sama ada jangka panjang baik jangka pendek kecuali aset cair yang diletakkan atau didepositkan di bank. Maksudnya tiada yang mampu untuk melunaskan atau membelinya. Pengorbanan untuk kelangsungan hidup perlu mengatasi dalam kawalan korporat dalam menstrukturkan perniagaan.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak berkemampuan? Mungkin ada yang berkemampuan, tetapi lebih memerlukan wang untuk menyara keperluan peribadi dan keluarga. Jika konflik ini berlaku, anda mungkin perlu meminjam wang untuk memulakan perniagaan. Modal perniagaan memerlukan jumlah yang besar, jadi langkah yang terbaik adalah dengan memohon pembiayaan perniagaan.Di antara yang ditakuti oleh semua usahawan adalah kekurangan modal. Duitlah segala penyelesaian yang dapat menaikkan semula perniagaan anda, yang dapat mengurangkan beban kerja anda untuk melatih pekerja dan sebagainya.Pendek kata, sesebuah perniagaan memerlukan wang untuk bermula, dengan adanya modal tambahan dan modal tetap, pastinya anda cuma menunggu hasil keuntungan sahaja selepas ini. Tetapi jika perniagaan masih bertatih, banyak perkara yang harus anda lakukan untuk mengembangkan bisnes anda.

Bukan setiap pemilik perniagaan yang layak memohon pembiayaan perniagaan – syarat yang dikenakan bagi setiap bank ataupun koperasi adalah berbeza. Biasanya, syarat dikenakan ke atas:

  • Lokasi syarikat – Perniagaan anda mesti berdaftar di Malaysia dan anda perlu menetap di kawasan operasi syarikat tersebut
  • Tempoh beroperasi – Syarikat anda mesti beroperasi untuk tempoh masa yang ditetapkan (6 bulan – 3 tahun minima) dan menunjukkan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk berjaya
  • Aliran tunai yang mencukupi – Jumlah minima hasil atau jualan dalam setahun (contohnya, hasil minima RM500,000 setahun)
  • Rekod kewangan yang bersih – Kebanyakan pembiaya perniagaan tidak terbuka kepada yang bankrupt

Bilakah masa yang sesuai untuk mengambil pembiayaan dalam perniagaan? Contohnya anda ingin membuka cawangan baharu. Daripada satu kedai makan kepada beberapa cawangan baharu di lokasi yang berbeza. Anda sudah boleh menganggarkan berapa jualan sehari di satu kedai, berapa kos bulanan dan berapa pula anggaran keuntungan yang anda boleh dapatkan. Pelanggan tetap juga sudah ada, permintaan pula semakin meningkat dan jenama sudah dikenali ramai. Tiada masalah untuk memohon pembiayaan dalam situasi ini. Kesimpulannya, tidak salah untuk memulakan perniagaan dengan membuat pinjaman, tetapi anda perlu fikirkan risikonya juga, sedar bahawa risiko kegagalan dalam perniagaan di fasa awal agak tinggi. Setiap bank ataupun koperasi menyediakan perkhidmatan, jumlah pembiayaan, kadar faedah serta tempoh pembiayaan yang berbeza, tetapi tetap dapat membantu anda dalam menjalankan perniagaan. Pilihlah dengan bijak demi masa depan perniagaan anda.