MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2023

Pada 4 Februari 2023 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Rumah Jagaan Warga Emas Suria Cahaya, Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur. Rumah ini dihuni oleh 25 orang penghuni warga emas dalam lingkungan umur 60 – 100 tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan beserta angpaw raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang barangan elektrik seperti kipas angin, televisyen dan mesin basuh baju untuk kegunaan harian.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA.

Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di sana.