MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023

Pada 29 April 2023 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Jagaan Rumah Bakti Nur Syaheera, bertempat di Tama Jaya baru, Cheras. Rumah ini dihuni oleh 28 orang penghuni kanak – kanak dan remaja dalam lingkungan umur 5 – 18 tahun yang diuruskan oleh 7 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan keperluan beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang barangan elektrik seperti kipas angin, mesin basuh baju dan beberapa barangan kelengkapan persekolahan yang lain untuk kegunaan harian.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA.

Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di sana.