Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Kowaja 2023

Pada 21hb. September 2023, bertempat di pejabat KOWAJA, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang KOWAJA 2023. Majlis diadakan untuk meraikan anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM pada tahun 2022.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada acara tahunan KOWAJA untuk menghargai kejayaan anak-anak anggota yang telah berjaya mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang disamping menyuntik semangat mereka agar lebih maju jaya pada masa akan datang.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp