KEPENTINGAN PENGURUSAN KEWANGAN

Kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira sama ada kaya atau miskin. Namun, rancangan kewangan yang tidak dilaksanakan dengan baik akan mengundang kegagalan dalam menguruskan kewangan. Pengurusan kewangan peribadi bukan perkara yang mudah. Ini adalah fakta dan walaupun ramai yang cakap mudah sahaja nak urus kewangan peribadi, tetapi hakikatnya uruskan kewangan peribadi perlukan rancangan yang teliti, perlaksanaan yang bijak, dan disiplin diri yang tinggi.

Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan atau jutawan untuk bijak merancang kewangan. Hanya perlu tingkatkan pengetahuan kewangan anda celik kewangan, perancangan yang teliti, dan disiplin tinggi untuk menguruskan kewangan dengan berhemah. Perancangan kewangan ini termasuklah membayar komitmen bulanan, bil-bil, simpanan pelaburan, simpanan peribadi dan juga simpanan sewaktu kecemasan.

Berikut ialah sebab kenapa anda perlu buat pengurusan kewangan:-

Ø Memahami aliran tunai
merancang perbelanjaan lebih awal anda akan dapatdaripada mana sumber pendapatan anda dan di mana ia dibelanjakan.

Ø Memaksimumkan pelaburan
Perancangan yang teliti akan dapat memaksimumkan pelaburan anda dalam jangka masa panjang.

Ø Peningkatan taraf hidup
Meningkatkan taraf hidup untuk keselesaan tanpa perlu risau tentang masalah atau kepincangan kewangan yang perlu dihadapi.

Ø Perancangan Kewangan Untuk Masa Depan
Merancang untuk pembelajaran anak atau tahun persaraan,

Ø Displin
Dalam semua perkara pun, sekiranya kita nak berjaya kena ada displin yang tinggi. Memang rasa susah sikit nak berdisplin dalam hal duit ni, kita tak boleh nak buat itu ini.

Pengurusan kewangan peribadi sememangnya mempengaruhi gaya hidup seseorang individu. Pelbagai kaedah boleh dilakukan agar kewangan peribadi anda dapat diuruskan secara bersistematik.Menyedari pentingnya perancangan kewangan, anda hendaklah sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan.Setiap individu perlu merancang kewangan agar tidak terjerumus dengan hutang. Ini melibatkan jaminan masa depan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku sama ada baik atau buruk, kedua-duanya memerlukan aktiviti pengaliran wang keluar masuk. Sedarlah bahawa setiap perubahan dan tindakan bermula daripada anda semua.