KAWAL STRESS ANDA

Stress adalah satu perkara yang sering berlaku terhadap manusia tetapi ianya boleh memudaratkan jika cabaran emosi dan fizikal tersebut mejangkaui kemampuan individu untuk mengawal stress. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, stress ditakrif sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi seseorang berikutan sesuatu peristiwa silam yang berlaku pada mereka samada dari segi emosi mahupun fizikal. Kepenatan berdepan tuntutan tugasan harian di rumah atau di pejabat membuatkan ramai orang mudah berasa tertekan. Namun tidak ramai orang mempunyai ‘kebolehan’ untuk mengesan perkara ini daripada peringkat awal. Stress adalah sebahagian dari hidup kita. Tak kira siapa pun, semua akan mengalaminya.

Apakah Tanda-Tanda / Gejala Umum Stress :

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

Namun secara umumnya, kita boleh merasai perubahan pada diri sendiri apatah lagi apabila emosi cepat berubah. Kita menjadi sensitif dan cepat marah walaupun disebabkan perkara yang kecil dan remeh. Kepala mungkin rasa sakit dan bahu pula terasa tegang.Tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhanSetiap kali anda berasa marah atau rasa tertekan, kesihatan jantung anda akan terjejas. Ini kerana stress berkat rapat dengan tekanan darah tinggi, salah satu daripada 3 penyumbang utama kepada sakit jantung. Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Berikut merupakan beberapa panduan untuk menguruskan stress:

Kekal Aktif
Sertai sebarang aktiviti fizikal yang anda suka. Senaman membantu melegakan stres anda.

Sentiasa Positif
Fokus kepada perkara-perkara yang positif dalam kehidupan. Ini akan memberikan perasaan yang positif tentang masa depan.

• Lakukan Aktiviti Kegemaran
Buatlah rancangan yang akan anda nikmati kerana ia merupakan kunci kepada kehidupan yang bebas stres dan penuh bermakna.

Amalkan Diet Yang Seimbang
Dengan mengamalkan diet yang seimbang, ia akan membekalkan nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita untuk membantu mengurus stress.

Tidur Yang Cukup
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup seperti yang disyorkan oleh doktor iaitu lebih kurang tujuh hingga lapan jam sehari. Ini penting untuk memastikan anda mendapat kadar rehat yang memuaskan.

Berurut
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah.

Bahayanya stres ini ia bukan sahaja boleh menjejaskan kualiti kehidupan kita, malahan orang sekeliling seperti keluarga dan kawan rapat kita juga boleh terkena tempiasnya.Masalah stress dan tekanan bukanlah perkara yang remeh. Sedikit sebanyak kita harus tahu bagaimana cara menangani stress untuk memperoleh ketenangan dan kesejahteraan hidup.Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda. Jika anda merasakan cara mengatasi stres yang anda cuba tidak berkesan dan keadaan anda menjadi lebih teruk, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan khidmat nasihat. Percayalah, setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya. Anda harus yakin dan percaya bahawa anda boleh atasi stres!