Kadar Keuntungan Terapung vs Kadar Keuntungan Tetap

Keperluan dan kehendak pengguna yang pelbagai dan citarasa yang berbeza adakalanya sukar dipenuhi disebabkan oleh kekangan dari segi kemampuan kewangan. Tidak ramai dalam kalangan pengguna yang mampu untuk membeli kenderaan atau rumah yang mencecah ratusan ribu hingga jutaan ringgit secara tunai. Solusi kepada situasi ini adalah dengan mengambil pinjaman sama ada pinjaman peribadi, sewa beli kenderaan, pendidikan, perumahan termasuk kad kredit.

Terdapat pelbagai kemudahan pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan di negara ini bagi memudahkan pengguna untuk memiliki apa yang diidamkan dan memenuhi apa yang dihajati selama ini.Sebagai peminjam kita harus mengetahui kadar dan tempoh tawaran yang diberikan secara menyeluruh dengan terperinci dan jangan hanya tertarik dengan kadar faedah permulaan. Kadang-kala, kadar faedah yang dikenakan akan meningkat pada masa hadapan walaupun kadar faedah permulaan nampak rendah.
Kita harus mempastikan sama ada kadar pinjaman itu adalah kadar sama rata atau kadar boleh berubah.

Terdapat 2 jenis kadar iaitu

1) Kadar Keuntungan Terapung
Kadar terapung (Floating rate) faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa dengan kadar faedah bersandarkan pada kadar asas dan kadar ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman pada tahun seterusnya. Perubahan dalam faedah yang perlu dibayar boleh menjejaskan 2 perkara:

  • Peningkatan dalam jumlah pembayaran bulanan.
  • Peningkatan dalam tempoh pembayaran pinjaman.

2) Kadar Keuntungan Tetap
Kadar tetap (Fixed rate) merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar faedah yang sama iaitu tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman dan peminjam tahu dengan tepat berapa jumlah perlu dibayar secara ansuran setiap bulan. Ini adalah yang paling sesuai untuk peminjam yang tidak mahu apa-apa kejutan dalam komitmen bulanan mereka.

Secara umunya, kadar faedah lebih rendah pada masa-masa yang bermasalah dan lebih tinggi dalam masa yang baik. Pilihan yang paling biasa yang diambil oleh peminjam hari ini adalah Kadar Pinjaman Terapung disebabkan oleh kadar faedah yang lebih murah pada paras semasa berbanding dengan pakej Kadar Tetap yang ada hari ini. Tetapi jika anda mencari sesuatu yang boleh diramal, maka pakej Kadar Tetap mungkin lebih sesuai untuk anda. DI Koperasi Kowaja, kami menawarkan kadar tetap yang menguntungkan pada anggota kerana bayaran bulanan yang sentiasa dibayar dengan amaun yang sama sehingga hujung bayaran.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp