HARGA BARANG DIJANGKA MELONJAK NAIK

Dalam mendepani abad ke 21,masyarakat lebih cakna terhadap isu kewangan dan salah satunya harga kenaikan barang.Kenaikan hampir semua barangan keperluan termasuk bukan kawalan menyebabkan pengguna yang sudah terkesan dengan kos sara hidup tinggi pada masa ini semakin terbeban.Saban hari kita dapat lihat di media sosial dan akhbar, masyarakat merungut mengenai kenaikan harga barang akibat daripada permintaan tinggi terhadap barangan mentah dan basah.

 

Hal ini menyebabkan pengguna perlu berfikir panjang sebelum membuat pembelian. Tahun ini diramal kos barangan dan makanan meningkat lebih 10 peratus berikutan jangkaan kenaikan kadar inflasi yang mencecah enam hingga tujuh peratus.Kadar inflasi boleh berlaku akibat daripada peningkatan kos produksi, permintaan yang tinggi dan kurangnya penawaran barang. Kenaikan harga barang yang sedang berlaku pada ketika ini bukan sahaja berlaku di Malaysia,malah ia juga sedang berlaku di seluruh dunia. Pihak berkuasa perlu menjalankan kajian bagi mencari senarai barang keperluan yang penting untuk penduduk tempatan dalam kehidupan seharian. Kesannya, rakyat dapat membeli barang keperluan bagi meneruskan kehidupan masing-masing walaupun ekonomi negara terumbang-ambing akibat daripada pergolakan negara-negara yang berkuasa.

Antara faktor-faktor bagi kenaikan harga barang adalah:

 

  • Situasi perubahan harga yang mula dihadapi dalam negara adalah susulan daripada berlakunya kenaikan harga bahan mentah makanan secara global (dunia), kesan ini turut dirasai di dalam negara kita Malaysia, yang mana dapat dilihat berlaku pergerakan harga yang agresif (menunjukkan kenaikan) terhadap barangan dalam kumpulan makanan khususnya.

 

  • Kadar/nilai matawang Negara dengan Negara pengeksport

 

  • Peningkatan kos pengeluaran dan logistic

 

  • Perubahan cuaca dan bencana dalam Negara dan luar Negara pengeluar contohnya China yang menganggu harga sayuran diimport

 

  • Kekurangan tenaga kerja termasuk buruh asing yang menyebabkan berlaku gangguan dalam pengeluaran hasil ladang dan tani

 

Pada masa yang sama, penguatkuasaan undang-undang adalah penting dalam membendung kenaikan harga barang.Pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan lebih kerap atau menyediakan medium yang mudah untuk masyarakat melaporkan sebarang kenaikan harga yang berlaku di kawasan mereka. Isu ini pasti dapat diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk memainkan peranan masing masing. Semoga pihak berkuasa konsisten dalam memperjuangkan isu yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat hari ini agar kemakmuran bersama dapat dicapai secara saksama.