Bayar Hutang atau Melabur

Jika anda mempunyai sejumlah wang, apa yang akan anda gunakan adakah untuk melabur demi mendapat pulangan atau nak bayar hutang terlebih dahulu?Ini adalah keputusan penting yang harus dibuat kerana, walaupun mempunyai akaun simpanan merupakan satu cara untuk merancang masa depan, namun membebaskan diri daripada hutang adalah strategi yang sangat berkesan bagi mencapai kedudukan kewangan jangka panjang yang stabil.

Ingatlah bahawa menyimpan wang, melabur dan menjelaskan hutang adalah perkara-perkara jangka panjang yang berkaitan dengan cara hidup anda dan komitmen-komitmen kewangan lain. Selalunya, anda perlu melakukan perubahan kepada cara hidup bagi mencapai keseimbangan di antara ketiga-tiga perkara tersebut dan ia bukanlah suatu yang mudah. Akan tetapi, jika anda ingin mempunyai kedudukan kewangan yang stabil, mencari keseimbangan antara menyimpan wang dan menjelaskan hutang anda adalah kuncinya.Kalau boleh, selesaikanlah hutang-hutang itu terlebih dahulu dan baru fikir untuk mula melabur. Kemudian barulah anda yakin untuk melabur, sebab kalau pelaburan anda tidak menjadi sekali pun,anda tidak akan dikejar oleh bank.Malah, Islam juga menuntut kita supaya melangsaikan hutang dengan segera, sekiranya kita berkemampuan dan bila dah bayar hutang tu,takdelah stres sangat kan.

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah membina dana kecemasan terlebih dahulu. Dana kecemasan secara amnya merujuk kepada wang yang disimpan untuk digunakan ketika anda betul-betul memerlukannya. Ini sepatutnya menjadi matlamat simpanan anda yang paling utama. Setelah itu, barulah anda menyimpan untuk membeli rumah, pendidikan anak dan persaraan. Tidak kira sama ada anda seorang yang baru ingin menyimpan wang atau sudah mempunyai simpanan yang banyak, mempunyai sejumlah wang yang mencukupi dalam dana kecemasan akan memberikan ketenangan fikiran kerana anda sudah mempunyai perlindungan yang sewajarnya.Dana kecemasan adalah penting kerana sekiranya menghadapi masalah,seperti kehilangan kerja, ditimpa penyakit, kereta rosak dan sebagainya, anda tidak perlu berhutang. Dengan ini, situasi kewangan anda tidak terlalu terjejas walaupun menghadapi kesukaran.

Setelah mempunyai simpanan dalam dana kecemasan, kini masanya untuk mengalihkan perhatian kepada teras masalah anda, iaitu HUTANG. Oleh kerana gaji yang terhad, anda perlu menggunakan sebahagian atau semua wang yang dahulunya disimpan dalam dana kecemasan untuk membayar hutang.Setelah menjelaskan hutang-hutang yang penting,anda bolehlah kembali memberi perhatian kepada usaha untuk meningkatkan simpanan seperti melabur.Produk pelaburan yang dipilih bergantung kepada objektif pelaburan dan toleransi risiko anda.Akhir sekali, sentiasa awasi pelaburan untuk memastikan ia sejajar dengan matlamat anda.Hutang dan pelaburan boleh mempunyai tujuan bersama jika anda boleh menggabungkan kedua-duanya jika serta mengenal pasti objektif pengakhiran yang serupa.Meminjam untuk membeli saham atau melabur dalam dana bersama akan memberikan kesan yang sama, yakni menghasilkan pendapatan. Apabila anda bebas hutang, anda boleh menyimpan dengan lebih dan mempunyai lebih banyak modal untuk pelaburan di masa hadapan