ANUGERAH KOPERASI TERBAIK WILAYAH PERSEKUTUAN 2022

KOWAJA telah berjaya tersenarai sebagai Koperasi ke-25 Terbaik Wilayah Persekutuan Tahun 2022 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.

Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Shahidan Kassim bersempena dengan Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Wilayah Persekutuan dan 100 tahun gerakan koperasi di Malaysia pada 22 Jun 2022 bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

KOWAJA telah diwakili oleh Setiausaha KOWAJA, Encik Mohd Faizal William bin Abdullah, dan turut ditemani Encik Ahmad bin Haji Mokhtar selaku Pengurus Kanan KOWAJA.

Pencapaian ini adalah merupakan hasil daripada usaha keras Anggota Lembaga Koperasi, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja KOWAJA. Tahniah dan syabas diucapkan.