MAJLIS SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 2022

Pada 21 Januari 2022, KOWAJA telah menyampaikan sumbangan kebajikan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Impian Kuala Lumpur yang bertempat di No. 2, Lorong Sentul Bahagia 4, Kampung Sentul Pasar, 51100 Kuala Lumpur. Rumah ini didiami oleh 58 orang penghuni di dalam lingkungan umur dari 11 tahun ke 81 tahun. Antara sumbangan yang diberikan adalah stok makanan kering dan barangan keperluan serta pakaian harian. KOWAJA juga telah menyediakan makanan tengahari dan menyampaikan angpaw raya kepada semua penghuni. Diharapkan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka di sana.