Ulangtahun KOWAJA yang ke-21

21 tahun yg lalu – 15 Julai 2003, kami bermula sebagai Koperasi bersaiz kecil yg hanya menjalankan aktiviti perkhidmatan kredit utk meningkatkan tahap sosio-ekonomi Anggota.

Hari ini, kami masih menjalankan aktiviti perkhidmatan kredit – serta telah membuka kedai francais pajak gadai Ar-Rahnu, restoran Marrybrown & lebih lagi.

‘Lebih lagi’ itu adalah bermaksud kami memberikan perkhidmatan pelanggan yg cemerlang, mesra, disenangi semua, pengalaman terbaik Anggota & pelanggan serta budaya Koperasi yg beretika.

Kami berhasrat utk memenuhi tanggungjawab sosial korporat seiring merealisasikan kebahagiaan & keceriaan didalam kehidupan, secara serentak kepada semua Anggota & pelanggan, warga kerja serta komuniti dengan kaedah yg disenangi & terus menerus.

Kami berharap, orang ramai tidak hanya mengenali kami bermula dengan menjalankan aktiviti perkhidmatan kredit, sebaliknya, mengenali KOWAJA sebagai koperasi yg memberikan perkhidmatan cemerlang disetiap peringkat & dipercayai oleh semua golongan masyarakat.

 

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp