TIPS JIMAT WANG

Ada yang cuba simpan duit, tapi tak pernah bertambah. Kenapa? Mungkin kerana masih lagi berbelanja beli barang berjenama atau makan ikut nafsu. Kadang buntu ke mana ‘hilangnya’ wang simpanan yang ada di tangan. Jadi sudah semestinya panduan berkaitan dan ilmu diperlukan dalam hal ini supaya tidaklah ‘asyik bocor’ saja poket dibuatnya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Siapa tak nak ada duit lebihkan? Menyimpan duit adalah kewajipan kita dalam dunia moden ni.

Lazimnya jika sudah biasa berberbelanja, kita tak sedar berapa banyak pun wang sudah ‘dilaburkan’.Tahu-tahu hujung bulan dah termenung dibuatnya. Dengan situasi ekonomi sekarang ini, adalah lebih baik kita berjimat cermat daripada kerap berbelanja.Tak ada siapa dapat berubah kecuali diri sendiri. Di bawah ini kami kongsikan beberapa tips yang kita boleh amalkan.

1. Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan
Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”. Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.

2. Latih diri Menahan Nafsu Belanja
Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan. Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas banyak menggunakan duit. Hal ini berkaitan dengan ego diri kita sendiri.

3. Elak hutang yang tak perlu
Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Korang tak payah nak berhutang la. Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.

4. Cari jalan gandakan duit
Mulakan melabur 10% daripada duit ke tempat sesuai contoh melabur di Tabung Haji, Amanah Hartanah Bumiputera, Amanah Saham Bumiputera, atau unit amanah yang lain.

5. Jangan mudah kecewa atau berputus asa
Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku dan anda akan dapat nampak duit yang dsimpan.

Tidak susah untuk jimat duit jika boleh kawal perbelanjaan dan nafsu.Yang penting ada keinginan.Apa sahaja yang anda perlukan untuk menstabilkan kehidupan anda semula, adalah sangat penting untuk anda menyiapkan pelan kewangan bagi membantu anda dalam waktu yang tidak dijangka di sepanjang jalan. kalau anda benar-benar nak berjimat dan menyimpan,anda perlu bersedia untuk mengubah gaya hidup anda.