TINGKATKAN SKOR KREDIT

Boleh dikatakan ramai orang sebenarnya mempunyai skor kredit yang tidak memuaskan.

Namun, ini tidaklah bermakna anda tidak boleh mendapatkan pembiayaan. Anda masih boleh mendapatkan pembiayaan yang setanding dengan skor kredit anda samada tinggi atau rendah jumlahnya.

Elakkan pemberi pinjaman yang tidak mahu memeriksa sejarah kredit, kemampuan pembayaran balik dan komitmen kewangan lain anda. Fakta bahawa pemberi pinjaman tidak peduli dengan laporan kredit anda bermaksud bahawa mereka tidak peduli jika anda dapat membayar balik atau tidak, tetapi hanya ingin membawa anda ke dalam bebanan kehutangan.

Penyatuan hutang boleh membantu meningkatkan skor kredit, dimana anda boleh menggabungkan semua hutang menjadi satu ansuran bayaran balik. Elakkan juga terlalu kerap memohon pinjaman jika anda tidak yakin akan memperolehinya. Apa yang paling penting, berapapun jumlah pinjaman, bayaran ansuran bulanan mestilah dibayar tepat pada waktunya.

Di Kowaja, kami dengan teliti menganalisa laporan kredit, kami mengambil semua butiran penting bagi membantu membuat keputusan. Kami memahami anda memerlukan pembiayaan untuk tujuan yang munasabah, dalam masa yang sama, kami ingin memastikan anda berkemampuan membuat bayaran balik tanpa rasa terbeban.