SUMBANGAN KEPADA ANGGOTA KOWAJA YANG TERKESAN AKIBAT BANJIR

KOWAJA ingin memberikan sumbangan untuk membantu anggota yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :
1) Pemohon merupakan anggota KOWAJA yang masih aktif dan telah menjadi anggota sekurang-kurangnya 6 bulan.
2) Kediaman terjejas akibat banjir.
3) Mempunyai rekod pembayaran semula yang baik.

Dokumen-dokumen yang diperlukan :
1) Laporan Polis
(Pelapor mestilah nama orang yang sama di dalam Surat Permohonan dan Laporan Polis)
2) Salinan Bil Elektrik / Air / Indah Water
3) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
4) Gambar Kejadian
(Sila lampirkan gambar kejadian bencana di dalam dan luar rumah)

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel sebelum atau pada 15 JANUARI 2022.

E-mel ke pertanyaan@kowaja.com.my
(U/P: Puan Zahirah)

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai sumbangan banjir anggota KOWAJA, sila hubungi 03-4048 2111.