STROK HABA

Apabila terdedah kepada cuaca panas yang melampau, anda boleh mendapat ‘kelesuan haba’ (heat exhaustion) atau lebih teruk, ‘strok haba’ (heat stroke). Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C (darjah celsius) atau lebih. Ia juga boleh membawa maut kerana ia meninggalkan pesakit dengan kerosakan otak dan organ dalaman.

 

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan Julai 2023 selain turut melanda negara-negara Asia lain termasuk Thailand, Vietnam, China, India dan Bangladesh, Di Malaysia pula, 200 kes penyakit berkaitan haba telah dilaporkan di mana 22 kes adalah strok haba. Oleh itu, tindakan aktif hendaklah diambil bagi mengelak kejadian penyakit berkaitan haba seperti strok haba.

 

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :

  • Denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit),

pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal: 12-20/minit).

 

  • Badan terasa panas dan kering.

 

  • Sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing dan berasa mual

 

  • Tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.

 

  • Tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80 mmHg)

 

Langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada terkena penyakit ini adalah seperti berikut:

 

  • Hadkan aktiviti luar.

 

  • Pakai topi atau payung yang besar.

 

  • Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

 

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan dan tunggu sehingga anda dahaga.

 

  • Lindungi diri anda dari selaran matahari. Pilih pelindung matahari yang sesuai dengan SPF yang betul, letakkan pada kulit anda setiap dua jam apabila terdedah kepada matahari

 

  • Jangan tinggal atau meninggalkan sesiapa sahaja di dalam kereta yang diletakkan dengan enjin. Apabila diletakkan di bawah matahari, suhu kereta boleh naik sehingga 7 darjah Celcius dalam masa 10 minit.

Jika anda menghadapi situasi yang memerlukan rawatan perubatan, sila dapatkan rawatan perubatan segera di jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) yang  terdekat dengan anda.