SERAHAN SUMBANGAN PERALATAN PPE TANGANI COVID-19

23 April 2020 – Serahan sumbangan jahitan PPE terdiri daripada 1000 unit baju perlindungan (protective coverall), 1000 unit pelindung kasut dan 1000 unit pelindung muka kepada pihak pengurusan Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Sesi serahan sumbangan ini yang telah disempurnakan oleh Setiausaha KOWAJA & Pengurus Besar KOWAJA kepada wakil HKL, Tuan Haji Ridzoni Sulaiman, Ketua Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL.

Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pasukan frontliners kita.