SCAM TERKINI

Pelbagai cara yang digunakan oleh para scammer untuk mendapatkan maklumat peribadi perbankan kita. Kadang-kala kita sendiri juga susah untuk kenal pasti sama ada ia adalah daripada organisasi yang sah atau pun tidak.Tidak dapat dinafikan, kecanggihan dunia teknologi hari ini sememangnya memberikan banyak manfaat kepada kehidupan seharian kita. Tetapi dalam setiap kebaikan, pasti ada juga keburukannya di mana satu jenayah telah diwujudkan yang kini diklasifikasikan sebagai jenayah siber. Setiap scam mengikut format yang lain, tapi pada akhirnya bermatlamat untuk mencuri duit ataupun maklumat peribadi anda.

 

Antara jenayah siber yang tidak lagi asing hari ini adalah penipuan yang melibatkan perbankan. Bayangkan kesemua wang simpanan yang bertahun-tahun kita simpan lenyap dalam sekelip mata. Itulah yang akan berlaku jika anda tidak berhati-hati dalam melakukan sebarang transaksi atau perkongsian maklumat. Jadi ini adalah tanda-tanda yang anda perlu tahu untuk mengesan jika anda terlibat dengan jenayah siber perbankan.

 

 

  • Menerima Emel Atau SMS Yang Aneh

Scammer menyamar diri sebagai syarikat yang kelihqtqn sah dan menggunakan saluran komunikasi seperti SMS, WhatsApp dan emel untuk menghantar sesebuah link kepada anda yang nampak hampir tepat kepada laman web sebenar syarikat tersebut. Dengan laman web palsu tersebut, mereka mungkin akan minta maklumat peribadi, kata laluan, alamat, dan lain lain.

 

  • Scam Panggilan Antarabangsa

Anda akan menerima panggilan daripada nombor antarabangsa. Jika anda menjawab panggilan tersebut, scammer akan menamatkan panggilan anda dan akan memanggil nombor tersebut balik. Orang yang memanggil balik akan dikenakan caj yang amat mahal untuk panggilan tersebut. Walaupun tiada transaksi yang berlaku di atas talian, anda masih juga akan kehilangan beratus ringgit.

 

  • Kod Pengesahan OTP Walaupun Tidak Diminta

Sesiapa sahaja yang meminta kod OTP daripada anda, sama ada yang mengaku daripada pihak berkuasa, kawan, ahli keluarga atau juga seseorang yang dahulunya menggunakan nombor telefon anda meminta OTP yang dihantar kepada anda, sebaik-baiknya abaikan sahaja. Oleh itu, jangan sesekali menekan pautan yang anda rasa ia mencurigakan. Jika tidak pasti, semak atau hubungi sahaja pihak bank untuk membuat pengesahan.

 

Jika anda adalah salah seorang daripada mangsa scam, anda perlulah menghubungi bank anda dengan segera melalui talian 24 jam mereka dan membuat laporan tentang pindahan wang secara haram ini. Anda juga perlu meminta pihak bank untuk menyah-aktifkan kad dan membekukan akaun perbankan untuk satu tempoh masa. Selepas menerima mengemaskini log masuk yang baharu, anda perlu menukarkan kata laluan yang baharu secepat yang mungkin.

 

Selain itu, anda juga dinasihatkan agar menyimpan semua rekod transaksi yang telah dibuat, serta butiran orang atau organisasi yang terlibat dengan transaksi anda. Maklumat ini mungkin berguna jika anda ingin mengambil tindakan dan membantu siasatan polis. Oleh itu, anda dinasihat untuk sentiasa peka jika menerima sebarang emel atau SMS daripada pihak yang tidak dikenali. Janganlah berkongsi maklumat peribadi anda seperti nombor kad, ID pengguna, nombor pin perbankan anda dan juga kod OTP kepada sesiapa pun. Sentiasa berwaspada dan semak dahulu segala pautan yang diberi sebelum anda klik dan masukkan maklumat peribadi anda.