Scam dan Data Peribadi

SINDIKET Ah Long kini semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa menggunakan maklumat yang “dicuri” daripada telefon bimbit peminjam tanpa mereka sedar.Maklumat termasuk gambar atau video yang disimpan dalam galeri, lokasi dan senarai nombor telefon ini akan dicuri sebaik sahaja peminjam memuat turun aplikasi mudah alih Ah Long ke telefon bimbit mereka. Applikasi ini diguna untuk menawarkan pinjaman wang mudah kepada mangsa. Mereka akan kenakan bayaran tinggi jika lewat atau dengan apa-apa alasan lain yang mereka suka.

Ah Long applikasi ini adalah:-

  • Individu yg memberikan pinjaman secara TIDAK SAH & TIDAK BERDAFTAR melalui applikasi.
  • Dulu menampal iklan di tempat-tempat awam kini menukar modus operandi secara online
  • Memberikan pinjaman kepada sesiapa sahaja tanpa perlu berjumpa dan tidak mengira status pekerjaan
  • Memberi pinjaman tanpa melihat dokumen yang lengkap

Kesemua aplikasi mudah alih milik Ah Long ini meletakkan pra-syarat iaitu diberi kebenaran serta akses kepada maklumat dan juga data peribadi individu yang memuat turunnya.Lebih menakutkan, Ah Long ini juga berupaya mengawal kamera serta mikrofon individu yang memuat turun aplikasi itu.maklumat yang diperolehi ini akan digunakan untuk menggugut peminjam sehingga ada yang mengaku telah membayar 235 kali ganda daripada nilai yang diterima.

Setiap aplikasi menarik peminjam menggunakan modal yang sama iaitu proses aplikasi mudah dengan dokumentasi yang minima, kelulusan pantas kurang dari 24 jam, bayaran segera dan tempoh bayaran balik yang fleksible. Data seperti nombor telefon ahli keluarga, majikan, rakan sekerja serta gambar dan video mangsa menjadi sasaran sindiket berkenaan untuk peminjam itu dimalukan jika dia gagal atau terlewat membayar pinjaman. Kebanyakan pengguna (peminjam) tidak akan membaca syarat yang dinyatakan (ketika membuat pinjaman) dan hanya memberi persetujuan bagi membolehkan mereka menggunakan aplikasi tersebut.

Sebelum ini proses pinjaman along menggunakan kaedah lama iaitu dengan mengisi borang dan butiran diperlukan. Kini ah long akan mengarahkan mereka yang membuat pinjaman dengan mengisi melalui aplikasi berkenaan dengan alasan lebih mudah.Tanpa pengguna sedari, segala data dan butiran peribadi mereka yang terdapat di dalam telefon pintar akan dicuri.Anda dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berkongsi apa-apa maklumat peribadi di media sosial. Peka dengan keadaan sekeliling, dan elakkan diri serta keluarga anda dari menjadi mangsa jenayah siber.