POLISI PRIVASI DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

PENDEDAHAN

Selaras dengan Akta Perlindungan Peribadi 2010 yang diperkenalkan oleh kerajaan, Koperasi Wawasan Pekerja-pekerja Berhad (KOWAJA) akan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menggunakan, mendedahkan dan / atau memproses (secara kolektif dirujuk sebagai “Proses”) maklumat peribadi anda bagi tujuan penilaian kredit atau bayaran ansuran/pembiayaan di bawah Terma dan Syarat ini.

Pemohon dengan ini membenarkan KOWAJA / ANGKASA / mana-mana organisasi dan / atau pegawainya untuk mendedahkan atau menzahirkan apa-apa maklumat individu yang berkaitan dengan kedudukan kredit,kemudahan atau akaun butiran pemohon kepada Experian Information Services Sdn Bhd dan pelanggan CTOS / CCRIS / Experian /AKPK / termasuk Bank / Institusi kewangan, syarikat yang perlu; mengikut cara yang di anggap perlu berkaitan dengan maksud yang berikut.

Pemohon dengan ini memberi kebenaran kepada CTOS / CCRIS / Experian bagi pendedahan maklumat kredit, termasuk maklumat kredit perbankan kepada KOWAJA / ANGKASA dan / atau pegawainya bagi maksud yang berikut seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Persetujuan hendaklah kekal terpakai selagi pemohon mengekalkan akaun / pembiayaan / kredit / apa-apa transaksi dengan Koperasi.

Tujuan pendedahan termasuk tetapi tidak terhad kepada :-

  • Penilaian / Pemarkahan kredit,
  • Pembukaan akaun,
  • Kredit / Pemantauan akaun,
  • Kredit / Semakan akaun,
  • Tujuan pemulihan hutang,
  • Kedudukan / Pemantauan akaun individu,
  • Dokumentasi undang-undang dan/atau tindakan berkenaan kontrak atau kemudahan kredit yang telah diberi.

Segala maklumat yang diberikan adalah benar. Sekiranya didapati maklumat yang diberikan adalah tidak benar/ tepat maka tindakan sewajarnya boleh diambil terhadap permohonan saya.

KOWAJA / ANGKASA / EXPERIAN / CTOS tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada pelanggan/pemohon atau mana-mana orang lain untuk pendedahan sedemikian.

Alamat IP anda (IP address: 167.71.217.98) telah direkodkan untuk tujuan keselamatan.

Sila baca persetujuan dan isikan maklumat anda berikut.

    PERSETUJUAN: Mandatori (sila tik kotak ini)
    Saya telah membaca dan memahami sepenuhnya dan bersetuju dengan terma seperti di atas.

    AKPK PENGESAHAN: Sila tik kotak ini sekiranya berkaitan, atau kosongkan sekiranya tiada berkenaan.
    Saya mendaftar dengan pihak pengurusan AKPK.

    NAMA PENUH (seperti di dalam Kad Pengenalan)
    NOMBOR KAD PENGENALAN BARU (sila isikan tanpa "-" ataupun ruangan "space")
    NOMBOR TELEFON (sila isikan tanpa "-" ataupun ruangan "space")
    EMEL