Jika anda tergesa-gesa untuk mendapatkan wang tunai yang amat diperlukan, seseorang menyarankan pinjaman peribadi sebagai pilihan yang baik. Jadi, anda memohon pinjaman peribadi dari bank atau koperasi berdekatan dan menunggu. Malangnya, permintaan anda telah ditolak! Kenapa pula pinjaman peribadi anda tidak diluluskan? Pinjaman peribadi adalah merupakan salah satu kemudahan yang diberikan oleh institusi kewangan untuk rakyat Malaysia.
Pasti ramai yang berasa keluh kesah apabila mendapat tahu permohonan mereka tidak diluluskan. Tidak semua pemohon yang ingin mendapatkan pinjaman peribadi berjaya dan diluluskan.Hanya sebahagian sahaja yang berjaya mendapatkan pinjaman peribadi.Jika anda tidak sabar untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu anda dalam mencapai matlamat kewangan anda atau menyelamatkan anda daripada situasi yang rumit, penolakan pinjaman mungkin merupakan perkara terakhir yang anda mahukan.
Walau bagaimanapun, memohon pinjaman peribadi ini bukanlah sesuatu perkara yang sangat mudah. Ramai sahaja pemohon pinjaman di luar sana yang permohonannya itu ditolak.Anda juga perlu tahu tujuan meminjam dan perlu pastikan yang anda mampu untuk membayar semula. Memahami sebab penolakan permohonan anda mungkin boleh meningkatkan peluang anda untuk memohon pinjaman peribadi dengan berjaya pada masa depan.
Berikut ialah antara sebab utama institusi kewangan menolak permohonan pinjaman peribadi anda.
· Blacklist CTOS/AKPK/SAA
Ini adalah faktor utama yang dijamin akan buat permohonan pinjaman peribadi anda ditolak bulat-bulat oleh semua bank di Malaysia. Ada pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa boleh bantu anda mendapatkan pinjaman bank walaupun anda telah ada dalam senarai blacklist bank. Ini adalah penipuan atau scam.
· Gaji anda kurang daripada kriteria
Biasanya mempunyai kriteria pendapatan minimum untuk permohonan pinjaman. Selain ini, ada juga yang menetapkan jumlah yang boleh dipinjam berdasarkan gaji pemohon.
· Nisbah Hutang Yang Tinggi
Anda perlu tahu nisbah hutang kepada pendapatan, kerana ianya amat penting bagi memastikan pinjmaan anda diluluskan. Inilah yang menjadi rujukan penilaian oleh pihak institusi kewangaan bagi memastikan tahap kemampuan anda.
· Tempoh Bekerja Kurang Dari 6 Bulan
Berapa lama anda dah bekerja? Sekurang-kurangnya 6 bulan tempoh bekerja minimum. Ini untuk mengelakkan mereka yang baru bekerja terlibat dalam membuat pinjaman yang akan membebankan diri sendiri pada masa hadapan.
· Rekod Kredit Yang Buruk
Rekod ini diperlukan untuk menilai sikap anda membayar balik pinjaman. Berapa kali anda pernah terlepas bayar untuk pinjaman-pinjaman anda. Jika lebih dari tiga kali dalam tempoh enam bulan, harapan untuk lulus ialah tipis.
· Terlalu Kerap Mohon Pinjaman
Ada juga individu yang tiap-tiap minggu mohon pinjaman peribadi dan Kadang-kadang tu hari ni tidak lulus, esok tu nak mohon semula.Pada mereka yang ingin mohon pinjaman baru walaupun ada pinjaman atau akaun kredit yang baru lulus – tunggu tempoh bertenang sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mohon semula.
· Dokumen permohonan tidak lengkap
Dokumen-dokumen penting untuk diproses kerana ini dapat menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk permohonan tersebut. Oleh itu, pastikan anda menyimpan semua dokumen berkaitan supaya permohonan pinjaman peribadi anda lebih mudah diluluskan.
· Tidak mempunyai sejarah kredit
Tahukah anda bahawa jika anda tidak mempunyai sejarah kredit langsung, permohonan pinjaman anda mungkin akan ditolak juga? ia bukannya perkara yang buruk jika anda tiada pengalaman dengan pinjaman atau kad kredit.Sejarah kredit yang menunjukkan hutang yang dibayar dengan sempurna boleh memberitahu institusi kewangan bahawa anda memahami komitmen di hadapan anda dan berpotensi menjadi pembayar yang baik sekali lagi.
Walau apapun, usahlah kita terlalu bimbang akan ini. Jika permohonan anda telah pun gagal beberapa kali, ia tidak bermakna yang anda langsung tidak berhak menerimanya. Mungkin ada sedikit permasalahan yang masih boleh lagi anda perbetulkan. Ia sedikit sebanyak memberi kita pengajaran yang harus kita perbetulkan. Selidiki apa kekurangannya dan cuba perbetulkan supaya perkara yang sama tidak berulang dimasa hadapan.