PENIPUAN DALAM TALIAN

Di zaman serba canggih dan moden ini pelbagai kemudahan dicipta dan dibangunkan untuk membantu memudahkan lagi urusan harian kita.Antaranya urusan jual beli yang dahulunya dilakukan secara berhadapan antara pembeli dan penjual yang kini telah berubah kepada urusan jual beli atas talian iaitu secara online menggunakan internet.Isu scammer atau penipu siber menjadi bualan hangat di kalangan netizen sejak kebelakangan ini. Banyak penipuan dalam talian dilapor seperti Macau Scam, penipuan pinjaman dan pelaburan, Love Scam dan juga kegiatan keldai akaun. Cari makan duit haram dengan menjual ribuan jenis produk import, gajet, makanan dan keperluan harian tidak wujud di laman jual beli barangan dalam talian (e-dagang).Ternyata tabiat berbelanja melalui e-dagang sejak Covid-19 melanda melahirkan ramai ‘toyol siber’ atau scammer yang mengambil peluang menipu puluhan ribu mangsa di seluruh negara.

Kes penipuan e-dagang dikesan meningkat mendadak terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan rakyat terhad dalam pergerakan dan beralih untuk membuat pembelian atau jualan secara dalam talian. Walaupun dalam kebanyakan kes penipuan e-dagang tidak membabitkan kerugian dalam jumlah besar, ramai mangsa mudah terperdaya hanya dengan gambar produk dan testimoni kebaikan produk dijual. Perkara ini tidak hairan kerana penipu tertarik dengan proses permohonan visa, pembukaan akaun bank dan pemindahan wang yang sangat mudah di negara kita.

Mangsa biasanya gelap mata dengan harga murah produk ditawarkan melalui iklan di media sosial, sekaligus menyebabkan mereka dijerat.Ini antara punca utama mendorong mereka menjadi mangsa penipuan e-dagang.Namun, ada pihak tidak bertanggungjawab menjadikan platform berkenaan untuk menipu.Penipuan pekerjaan dalam talian sentiasa berlaku. Gaji yang sangat lumayan, konsep bekerja dari rumah, dan pelbagai umpan lain digunakan untuk memerangkap anda. Sesetengah majikan palsu yang bertopeng wakil rekrut daripada syarikat-syarikat terkemuka akan memerlukan anda untuk mendepositkan sejumlah wang sebagai yuran pemprosesan yang boleh dikembalikan supaya dapat menjamin peluang pekerjaan anda. Selepas itu, tentulah mereka akan melarikan diri dengan wang anda tanpa meninggalkan jejak.

Phishing ialah satu usaha penipuan untuk mencuri maklumat peribadi seperti nama pengguna dan kata laluan akaun bank anda. Penipu biasanya menghantar e-mel yang kelihatan sah, dan akan memaklumkan penerima untuk mengemaskini maklumat mereka untuk menambah baik pengalaman langganan mereka.Setelah mengklik link tersebut, anda akan diarahkan ke laman web palsu yang kelihatan sama dengan laman web perbankan yang asal.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mengelakkan diri kita dari daripada menjadi mangsa penipuan internet:

  • Semak dan siasat kesahihan terlebih dahulu
  • Mendapat khidmat nasihat daripada orang yang berkelayakan
  • Sentiasa bersikap waspada dan berhati-hati
  • Tidak panik dan bertindak pantas sekiranya menjadi mangsa

Semakan juga boleh dilakukan melalui dalam talian dengan menghubungi talian maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) serta melalui laman Facebook Cyber Crime Alert RMT.Langkah ini diambil bagi memudahkan rakyat memeriksa maklumat penipu siber sebelum membuat sebarang transaksi.Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan penting untuk kita ketahui bahawa pihak berkuasa tidak berurusan melalui panggilan telefon sepertimana dilakukan scammer.

Seharusnya kita lebih berhati-hati dengan tidak memberi maklumat peribadi kepada individu yang tidak dikenali. Ia penting bagi mengelakkan kita daripada menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral ini. Jika anda menerima apa-apa yang mencurigakan, gunakan kebijaksanaan anda dan jangan lupa untuk menyelidik apabila terdapat keraguan. Kekal selamat dan jangan menjadi satu lagi tambahan dalam statistik kes penipuan.