PENIPUAN ATAS TALIAN

Dalam era globalisasi ini, perniagaan dalam talian amat popular dan digemari oleh masyarakat kerana semuanya boleh didapati pada hujung jari. Kelicikan penipuan kewangan ataupun scammer dalam talian semakin menjadi-jadi di Malaysia. Walaupun banyak tangkapan yang telah dibuat, namun kes penipuan begini masih lagi berlaku dengan kerugian yang ditanggung mangsa adakalanya mencecah jumlah simpanan sepanjang hayat mereka untuk persaraan.Kesedaran tentang isu ini kelihatan masih rendah. Walaupun kita sudah mendengar dan membaca banyak cerita mengenainya.

Oleh itu, adalah bijak untuk mengetahui mekanisme penipuan dalam talian dan bagaimana untuk mengelakkannya dengan apa cara sekalipun.Penjenayah siber bersembunyi di sebalik layar, menggunakan penipuan yang sangat meyakinkan sehingga ramai yang menjadi mangsa. Penipuan e-dagang semakin berleluasa, dengan peniaga dan pembeli di seluruh dunia menjadi mangsa.Justeru, penting bagi setiap individu untuk memastikan pembelian atas talian adalah daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai.

Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dipraktikan bagi mengekang senario ini daripada berlaku.

Tidak Sewenang-Wenangnya Memberikan Maklumat Peribadi
Ramai scammer mula untuk menyamar menjadi ejen kerajaan dan berhubung dengan orang awam serta meminta nombor kad pengenalan, nombor akaun bank serta nombor TAC.Seandainya benar mereka mewakili organisasi kerajaan, maklumat berikut sememangnya ada dalam rekod mereka dan hanya untuk disemak bersama anda. Orang ramai seharusnya berhubung terus dengan pihak kerajaan berdaftar dan bukannya ejen.

Menyemak Maklumat Organisasi Ataupun Akaun Penjual Barangan
Terdapat banyak laman sesawang yang boleh untuk diakses bagi mengenalpasti scammer.Pastikan setiap nombor telefon yang menghubungi anda sama dengan yang tertera pada lama rasmi kerajaan. Hal ini untuk mengelakkan aktiviti penyamaran. Bagi aplikasi atau laman jualan lain pula.

Membeli Pada Platform Yang Ada Sistem Jaminan
Sistem jaminan merupakan pendekatan bagi melindungi pelanggan daripada ditipu,mendapatkan barangan yang tidak berkualiti,melebihi tarikh luput serta jika berlakunya kerosakan barang. Pendek kata, ia merupakan jaminan kepada pembeli.

Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap pelaku yang terlibat dalam jenayah ini. Begitu juga terhadap mana-mana individu yang bersekongkol dalam melindungi pelaku jenayah ini Hukuman yang dikenakan juga seharusnya lebih tegas dan mendatangkan gentar kepada orang lain untuk melakukan jenayah yang sama.Masyarakat perlu lebih peka dengan perkembangan semasa berkaitan jenayah kewangan ini, tidak mudah panik dengan ugutan, sentiasa mendapat nasihat pihak berwajib berhubungkait dengan transaksi kewangan yang besar sebelum melakukan tindakan dan saling ingat mengingati antara satu sama lain akan kewujudan jenayah kewangan dalam talian sebegini.