KOWAJA terus mengorak langkah dengan menceburi francais perniagaan rangkaian makanan segera terkenal rakyat Malaysia iaitu Marrybrown.
Kami bersyukur pembukaan cawangan pertama Kowaja menjadi kenyataan beralamat di A-G-03, Jalan SS6/5A, Dataran Glomac, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat, 15 Oktober 2021 & pastinya akan menjadi nilai asas pembukaan cawangan-cawangan seterusnya.
Idea yang bagus daripada pasukan pengurusan & sokongan anggota Lembaga Kowaja mendorong kepada kejayaan ini selain kerjasama erat diantara kalangan kakitangan.
Ini kaedah kami menghubungkan rakyat Malaysia melalui makanan citarasa & berkonsepkan tempatan disediakan oleh rakyat Malaysia.