PEMBIAYAAN MIKRO

Pernahkah anda memohon pembiayaan, namun sukar mendapat kelulusan? Golongan ini terdiri daripada mereka yang bergaji kecil atau pun tidak mempunyai pendapatan tetap. Ramai usahawan di Malaysia ingin mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih luas tetapi mempunyai masalah dari segi modal kewangan. Perniagaan atau syarikat yang ingin bersaing memang memerlukan satu dana dan pembiayaan supaya perniagaan mereka lebih maju dan berdaya saing.

Pembiayaan mikro ialah pembiayaan yang ditawarkan bagi membantu perusahaan mikro untuk mengekalkan operasi serta meningkatkan produktiviti perniagaan mereka.Kebanyakan pengusaha kecil dan sederhana mempunyai masalah pusingan modal atau pun kekurangan modal untuk membeli peralatan baru bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan menggunakan mesin yang serba canggih.Pembiayaan ini juga tidak memerlukan apa-apa cagaran atau penjamin.Pembiayaan mikro kini adalah merupakan antara teras dan fokus kerajaan untuk membela nasib golongan rakyat yang memerlukan bantuan agar mereka dapat bersama menyertai arus pembangunan pesat negara. Di antara fungsi dan kebaikan pembiayaan mikro ialah:

  • Kelulusan pembiayaan yang singkat
  • Dokumentasi yang minimum
  • Membantu meningkatkan produktiviti perniagaan kecil dan sederhana
  • Membantu belia termasuk siswazah menceburi bidang perniagaan

Anda dinasihatkan untuk rancang jumlah pinjaman yang anda ingin mohon. Pastikan jumlahnya bersesuaian dengan perniagaan anda dan anda mampu untuk membuat pembayaran semula.Koperasi Kowaja sentiasa berada di sisi untuk menyediakan dana dan pembiayaan bagi membantu penjaja dan peniaga kecil mengembang dan meningkatkan perniagaan anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej-pakej kemudahan pembiayaan yang disediakan anda boleh menghubungi kami di 03-40482111 atau 013-2227842.