MUSIM TENGKUJUH

Sekarang sudah menghampiri musim tengkujuh. Seluruh Malaysia hujan sudah mulai turun dengan kadar yang agak lebat. Negeri-negeri khususnya di Pantai Timur semenanjung sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi banjir.Setiap kali tiba musim hujan, suhu bukan sahaja menjadi lebih dingin tetapi ia turut datang dengan bermacam masalah seperti banjir, dinding rumah menjadi lembab sehingga tumbuh kulat, kebocoran atap dan sebagainya.

Malah, musim hujan ini juga akan mempengaruhi keadaan perabot, pakaian dan barangan elektrik terutamanya bagi yang tinggal di kawasan berdekatan laut dan sungai.Berikut adalah tip yang boleh membantu anda bersedia untuk menghadapi semasa musim hujan:

1. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkaitan seperti Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah.

2. Letakkan kenderaan di tempat tinggi dan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.

3. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi (barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain).

4. Sebagai persediaan, kuatkan sistem pertahanan badan ahli keluarga dengan mengamalkan diet yang seimbang dan mengamalkan senaman ringan agar badan sentiasa aktif. Kalau nak mudah, amalkan supplemen yang baik untuk memperkuatkan sistem pertahanan badan seperti Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex dan vitamin B Complex.

5. Elakkan tinggal berseorangan dan terus ke pusat pemindahan yang terdekat atau mendapatkan jiran-jiran berhampiran supaya keselamatan lebih terjamin.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan serta boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1300 22 1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.