MENGURUS KEWANGAN UNTUK GOLONGAN MUDA

Ilmu pengurusan kewangan sangat penting untuk semua orang terutamanya kepada golongan muda. Sebab apa golongan muda?Kerana mereka ini selalunya baru mula bekerja dan belum ada komitmen kewangan yang terlalu tinggi.Jadi, mereka ini sepatutnya dapat menyimpan duit yang lebih banyak untuk kegunaan di masa hadapan. Tetapi, ramai juga di antara mereka yang mempunyai masalah untuk menguruskan duit dengan bijak sehinggakan ada yang diisytiharkan muflis,belum pun mencapai usia 30 tahun. Mengikut statistik, ramai yang bankrap disebabkan oleh pinjaman peribadi dan hutang kereta.Jadi, apa cara cara terbaik yang boleh anda amalkan supaya anda dapat menyimpan pada masa yang sama masih mampu menikmati hidup? Bersama kita kongsikan agar tidak tersilap langkah nanti.

· Jana Pendapatan Tetap & Tambahan
Jika anda mempunyai masa lapang, anda boleh menjana pendapatan tambahan. Janji anda adalah rajin & kerja keras. Jika anda pandai membuat bakar, anda boleh menjual roti secara dalam talian.Mereka yang masih mencari pekerjaan dan menunggu masih dapat menjana pendapatan sebelum mendapat kerja tetap.

· Fahami Perbezaan Antara Keperluan dan Kehendak
Anda perlu memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak. Keperluan adalah perbelanjaan wajib dalam kehidupan seharian seperti bayaran bil elektrik, perumahan. Kehendak adalah perbelanjaan yang menjadikan hidup anda lebih selesa. Keperluan dan kehendak setiap orang berbeza. Tetapi jika boleh, cubalah mengurangkan kesediaan untuk berbelanja.

· Pelbagai Tabung Simpanan
Menyimpan adalah sesuatu yang mesti dimiliki oleh semua orang. Anda boleh membuat tabung simpanan, tabung pelaburan, tabung kecemasan, tabung perkahwinan. Kerana kita tidak pernah tahu bila kejadian buruk akan berlaku. Jumlah tabung kecemasan yang disyorkan adalah sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji anda.

· Tambahkan Pengetahuan Kewangan
Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai kewangan, terdapat banyak sumber percuma yang boleh anda perolehi dengan mudah. Anda boleh membaca buku atau blog kewangan.

· Berazam untuk menunaikan impian anda
Alasan yang sering diberikan apabila gagal menunaikan impian dan matlamat kewangan adalah disebabkan kegagalan meneruskan keazaman. anda seharusnya mendapatkan nasihat daripada orang yang benar-benar mengenali diri anda. Buat perbincangan dengan orang yang paling hampir seperti ahli keluarga dan rakanrakan yang boleh memberikan pendapat yang positif untuk mencapai matlamat anda.

Tiada alasan tak mampu menyimpan sebab dah habis untuk shopping atau bercuti. Selesaikan bil dan hutang penting, kemudian simpanan atau melabur selepas itu. Bakinya barulah digunakan untuk perbelanjaan diri sendiri.Bagaimana? Mudah bukan? Zaman sekarang ni, semua benda perlukan duit. Sebab itulah penting untuk kita mula menyimpan untuk kegunaan di masa hadapan.Secara rumusnya, adalah penting untuk anda semua tahu tentang kemampuan diri masing-masing dan mula bertindak sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.