MAJLIS SUMBANGAN TAHUN BARU CINA 2021

Pada 5hb. Februari 2021 Jumaat, KOWAJA telah menghantar sumbangan kebajikan sempena perayaan Tahun Baru Cina di rumah warga emas Pertubuhan Kebajikan Amitabha Malaysia, Kuala Lumpur. Rumah ini mempunyai 23 orang penghuni warga emas dalam lingkungan umur 60 – 100 tahun yang diuruskan oleh 8 orang pekerja. Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan keperluan harian, makanan kering dan sebuah peti sejuk beku untuk penghuni rumah tersebut.