MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022

Pada 9 Mei 2022, KOWAJA telah menghantar sumbangan kebajikan sempena Hari Raya Aidilfitri di Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi, Ampang. Rumah ini mempunyai 26 orang penghuni yang diuruskan oleh 5 orang pekerja sukarela. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada anak yatim dan asnaf ini. KOWAJA juga menyumbang barangan elektrik seperti kipas angin berdiri sebanyak 3 unit dan 1 unit convection oven untuk kegunaan harian mereka.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.