MAJLIS SUMBANGAN DEEPAVALI 2022

Pada 1 November 2022 (Selasa), KOWAJA telah menghantar sumbangan kebajikan sempena Deepavali di Rumah Jaagan Sasthi Blessings, Batu Caves. Rumah ini mempunyai 25 orang penghuni yang diuruskan oleh 5 orang pekerja sukarela. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang barangan elektrik seperti kipas angin berdiri, seterika baju dan pengisar makanan untuk kegunaan harian.

Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua.