Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2026

Pada 4hb Februari 2026 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Rumah Warga Emas Sii Jayanti Metta Care yang bertempat di No. 2, Jalan Perusahaan Satu, 53200 Setapak, Kuala Lumpur. Pusat Jagaan ini dihuni oleh 15 orang penghuni dalam lingkungan umur  tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan harian beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang 1 unit mesin basuh, 2 unit kipas dinding dan 1 unit periuk nasi untuk kegunaan harian penghuni. Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang turut diserikan dengan kehadiran Anggota Lembaga KOWAJA dan kakitangan KOWAJA.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp