Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2025

Pada 8 Februari 2025 (Sabtu), KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina 2025 di Rumah Kebajikan dan Sisial Kim Loo Ting KL yang bertempat di Taman  Setapak, Kuala Lumpur. Rumah kebajikan ini dihuni oleh 22 warga emas dalam lingkungan umur 60 – 85 tahun yang diuruskan oleh 5 orang pekerja. Sumbangan berupa makanan asas dan barangan kelengkapan harian beserta duit raya sedikit sebanyak dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira kepada mereka. KOWAJA juga menyumbang 1 unit mesin basuh untuk kegunaan harian mereka. Majlis yang bermula pada 11.00 pagi hingga 1.00 petang telah dihadiri oleh Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA bersama ahli keluarga masing – masing.

YouTube
YouTube
Set Youtube Channel ID
Share to Instagram
Share to WhatsApp