MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2019

Pada 16hb. Februari 2019 Sabtu, KOWAJA telah mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Rumah Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Istimewa Insan, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang penghuni rumah kebajikan tersebut telah diraikan pada majlis ini. Pelbagai sumbangan disalurkan antaranya ialah bantuan keperluan harian untuk kegunaan rumah kebajikan tersebut. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Anggota Lembaga dan kakitangan KOWAJA.